KENT, Britain – Seorang lelaki di sini yang ketagih makan garam laut setiap hari mati akibat penggunaan berlebihan bahan tambahan makanan tersebut baru-baru ini.
Peter Maynard, 56, mati selepas didapati mengandungi tahap tinggi sodium dalam darahnya yang menyebabkan wujud cecair berlebihan di otak.
Bedah siasat mendapati, Maynard menderita beberapa masalah kesihatan lain dan sering mendakwa dia akan mati jika tidak mengambil garam laut setiap hari.
Bacaan sodium yang dilakukan di Hospital Universiti Diraja di Farnborough, Kent, mendapati dia berada pada tahap 191 berbanding tahap normal 140.
“Dia memberitahu tiada apa yang boleh terjadi kepada dirinya dan boleh mati jika tidak mengambil garam laut setiap hari,” kata isterinya, Emma
Catat Ulasan