Pandu Kereta Mewah ..Rupanya Ada Yang Sengkek



Ada lagi ke nie stail isi minyak baru bayar...haru jadinya...!!!

SEORANG wanita bertindak memecut meninggalkan sebuah stesen minyak selepas mengisi bahan api itu dengan penuh tangki pada kenderaannya.

Kejadian berlaku di stesen minyak Petronas Tupai, Taiping, Perak

Menerusi visual yang dimuat naik di laman Facebook Petronas Tupai Taiping, suspek memandu kereta jenis Hyundai berwarna putih dengan menggunakan nombor pendaftaran Perak (A) di hadapan.

Namun, nombor plat suspek tidak dapat dilihat dengan jelas akibat kamera litar tertutup (CCTV) yang digunakan di stesen berkenaan kebetulan pula agak kabur.

Pemandu Hyundai terbabit dikatakan telah mengisi minyak dengan melebihi RM100 sebelum melarikan diri.

“Bila dah lari dan terjadi seperti ini, siapa yang mahu menanggung minyak yang telah dipam tadi? Kalau RM10 tak apa, tetapi ini sudah mencecah RM100.

“Sudahlah gaji kami tak banyak, kena tanggung pula kerugian seperti ini. Wanita itu memang tiada keperimanusiaan langsung. Pandu kereta Honda, berlagak macam orang kaya tetapi sengkek!” tulis juruwang berkenaan yang meluahkan rasa berangnya.

Melihat kejadian ini, kualiti rakaman CCTV  ‘usang’ yang digunakan stesen minyak berkenaan pastinya menyukarkan pihak berkuasa mengenal pasti suspek.

Sehubungan itu, sesiapa yang mempunyai maklumat diminta berhubung dengan balai polis berdekatan berkenaan perkara ini.




0/komen