Pelancaran Angkasawan Menggunakan Crew Dragon SpaceX Dibatalkan


Awal pagi tadi sepatutnya menjadi hari yang bersejarah dalam dunia penerokaan angkasa lepas dengan dua orang angkasawan NASA ke angkasa lepas menggunakan roket syarikat swasta. Tetapi misi SpaceX Demo-2 telah dibatalkan 17 minit sebelum waktu pelancaran kerana cuaca buruk.

Misi ini penting kerana buat pertama kali sejak 2011, angkasawan NASA dilancarkan ke angkasa lepas menggunakan roket buatan tempatan. Sejak program Space Shuttle dihentikan kerana faktor usia, angkasawan NASA terpaksa menumpang roket buatan Rusia.

Misi ini juga penting buat SpaceX bagi menujukan kemampuan kapsul Crew Dragon mereka yang dipadankan dengan roket Falcon 9 yang boleh dikitar semula berkali-kali. Misi SpaceX Demo-2 kini dijadualkan semula ke 30 Mei hadapan.
 

0/komen