PlayStation 4 1TB



Sony kini telah hadir dengan promosi khas bersempena dengan Days of Play – antara 3 Jun sehingga 16 Jun 2020 kelak. Melaluinya, konsol PlayStation 4 dan PlayStation 4 Pro ditawarkan pada harga diskaun, selain hadir dengan beberapa permainan percuma bersama dengannya.

Untuk anda yang ingin mendapatkan PlayStation 4, ia boleh didapati pada harga RM1099. Penawaran ini hadir dengan konsol 1TB, dilengkapi satu alat kawalan DualShock 4, permainan GTA V Premium Edition, permainan God of War, Permainan Horizon Zero Dawn Complete Edition, langganan PS Plus selama 3 bulan, dan kod DLC untuk permainan Fortnite “Neo Versa Bundle”.

Bagi anda yang mencari konsol PlayStation 4 Pro pula, ia boleh didapati pada harga RM1399 – yang mana hadir dengan konsol PlayStation 4 Pro 1TB, 1 alat kawalan DualShock 4, permainan God of War, dan juga permainan The Last of Us Remastered.

Disamping itu, Sony juga menawarkan diskaun untuk alat kawalan DualShock 4, dimana ia boleh didapati pada harga RM179.

Bagi anda yang berhasrat mendapatkan pelbagai permainan dan penawaran pada harga diskaun, boleh menyemak promosi Days of Play ini bermula 3 Jun sehingga 16 Jun 2020 ini.

0/komen