Senarai 64 Sektor Dan Aktiviti Yang Masih Dilarang



Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilonggarkan bermula 4 Mei ini bagi membuka semula sektor ekonomi yang terjejas teruk sehingga mengakibatkan ribuan hilang pekerjaan. Di dalam perutusan Hari Pekerja oleh Perdana Menteri pagi ini, masih terdapat beberapa aktiviti dan perniagaan yang dilarang sama sekali. Bagi memastikan anda tidak ditahan kerana kurang cakna, ini ialah senarai lengkap aktiviti yang masih dilarang di dalam 23 Sektor menurut SOP yang diterbitkan oleh Majlis Keselamatan Negara.

Ada beberapa berita baik seperti anda kini boleh kembali menggunakan dobi layan diri cuma tidak boleh melipat baju. Berita buruk pula masih tidak boleh solat berjemaah di masjid dan kedai gunting rambut kekal tutup. Senarai lengkap 23 sektor dengan pecahan 64 aktiviti yang masih dilarang ialah seperti di bawah.

1.Hiburan Dan Riadah

Panggung wayang
Pusat karaoke
Taman tema
Muzium
Busking
Pusat refleksologi
Pusat hiburan
Kelab malam

2.Perayaan, Perarakan dan Perhimpunan

Perarakan Keagamaan
Aktiviti agama berjemaah di Masjid / Rumah Ibadat
 Sambutan Hari Ulang Tahun Pasukan Pasukan Keselamatan (Perarakan)
Sambutan Hari Raya kecuali dengan ahli keluarga terdekat (*Perjalanan pulang hari raya akan di umumkan kelak)
Perhimpunan bulanan jabatan kerajaan dan swasta
Majlis perasmian

3. Persidangan dan Pameran

Pameran Kerjaya
Pameran Perkahwinan
Promosi dan Pakej Pelancongan
Karnival Jualan
Semua Jenis Persidangan yang melibatkan kumpulan yang ramai

4. Pendidikan

Sukan semasa sesi persekolahan
Aktiviti kokurikulum bersemuka
Sebarang bentuk perhimpunan sekolah
Sebarang bentuk majlis atau program yang mengumpulkan lebih daripada 10 orang

5. Sukan

Pertandingan sukan yang melibatkan perhimpunan penyokong / penonton yang ramai(stadium)
Acara berkumpulan di luar yang melebihi 10 orang. Contoh : larian, kayuhan basikal dan konvoi motosikal
Segala aktiviti sukan dalaman termasuk gimnasium
Kolam renang
Sukan bersentuhan (Contact Sports) contoh ragbi, gusti, tinju, bola sepak, bola keranjang.

6. Aktiviti Sosial

Kenduri–kendara
Majlis berbuka puasa
Majlis perkahwinan dan sambutan ulang tahun atau sebagainya
Rumah terbuka
Majlis-majlis sosial, kemasyarakatan & budaya (contoh : ceramah, gotong-royong, lawatan dan seumpamanya)

7. Pengangkutan

Kapal Persiaran

8. Perniagaan Berpremis / Penjajaan Tanpa Premis / Pasar Berbangunan / Pasar Tanpa Premis / Peruncitan / Serbaneka Makanan & Minuman
Bilangan pelanggan yang terlalu ramai pada satu-satu masa (tertakluk kepada pengiraan radius jarak minimum 1m)
Bazar Ramadan
Bazar Hari Raya
Karnival jualan

9. Kemudahan penginapan berpusat pekerja (CLQ)/ hostel/ asrama pekerja di

sektor pembuatan dan lain-lain sektor
Terima pelawat
Bersosial dan bersukan secara berkumpulan
Solat berjemaah/Aktiviti aktiviti ibadah lain

10. Pemasangan dan penyenggaraan jentera (lif, eskalator, dandang dan lain-lain)
bagi sektor perkhidmatan/ tower crane di tapak bina
Menjalankan kerja secara berkumpulan lebih dari 10 orang


11. Kedai Pakaian Dan Aksesori Fesyen

Aktiviti mencuba pakaian

12. Dobi ( khusus dobi layan diri)

Aktiviti melipat pakaian

13. Ceramah/Seminar/Kursus/Latihan secara bersemuka

14. Aktiviti Pensijilan Bagi Agrikomoditi

15. Kedai gunting rambut dan salun kecantikan

16. Perbankan dan Perkhidmatan Kewangan

Urus niaga mendapatkan jualan (sales and marketing activities) di luar premis institusi kewangan, atau kawasan awam, tidak dibenarkan buat masa ini sehingga di umumkan
kelak

17. Pengurusan Perhutanan

Ekopelancongan Hutan
Latihan Perhutanan

18. Perlombongan Dan Pengkuarian

Permohonan baharu bagi Peperiksaan Teori & Amali Pembedil (Peletupan)

19. Perladangan dan Pertanian

Hari Bertemu Pelanggan
Hari Jualan Barang Bekalan Ladang (BBL)
Pesta makan buah-buahan
Kursus/ Seminar
Konvokesyen Institut Pertanian
Lelongan jualan produk ternakan seperti ayam, telur, daging dan sebagainya

20. Perikanan

Aktiviti perikanan rekreasi
Pusat Taman Laut, pameran dan akuarium

21. Seni Kreatif

Penggambaran filem
Acara/Konsert/Persembahan kebudayaan
Program Yang Melibatkan Orang Awam Di Studio Atau Tempat Awam

22. Kebudayaan Dan Kesenian

Pameran Yang Melibatkan Interaksi Antara Pekarya Dan Pelawat

23. Pelancongan dan Perhotelan

Penggunaan kemudahan Hotel Seperti Surau, Gimnasium, Spa, Sauna, Lounge, Kolam Renang, Bilik Mesyuarat, Dewan Seminar, Bilik Latihan, Restoran Dan Café

0/komen