Vivo Y30 Dan Vivo Y50



Vivo kini telah menawarkan dua telefon pintar dibawah siri keluarga Y, iaitu Vivo Y30 dan juga Vivo Y50.

Vivo Y50 hadir dengan skrin 6.53-inci pada resolusi FHD+, dijana cip Snapdragon 665, memori 8GB RAM, dan storan 128GB. Ia turut hadir dengan bateri berkapasiti 5000mAh. Melengkapkan telefon pintar ini adalah kamera hadapan 16-megapixel, selain empat kamera belakang gabungan sensor 13MP + 8MP + 2MP + 2MP.


Vivo Y30 pula hadir dengan skrin 6.47-inci, dijana cip MediaTek Helio P35, memori 4GB RAM, dan storan 128GB. Telefon pintar ini juga hadir dengan bateri 5000mAh. Melengkapkan ia juga adalah kamera belakang 13MP + 8MP + 2MP + 2MP.

Bagi anda yang berminat, kedua-dua telefon pintar ini telah mula ditawarkan di Malaysia melalui sejumlah laman edagang tempatan

Vivo Y30 membawakan tanda harga RM899 di Malaysia, sementara Vivo Y50 pula membawakan tanda harga sebanyak RM1099.

0/komen