ASUS ROG Zephyrus G14



ASUS Malaysia telah  mengumumkan bahawa komputer riba gaming terbaru mereka, iaitu ASUS ROG Zephyrus G14 akan mula memasuki pasaran tempatan bermula  semalam.

Syarikat tersebut juga mengesahkan bahawa mereka akan membawa masuk beberapa model dengan spesifikasi berbeza bergantung kepada keinginan dan kemampuan pengguna.

Pada asasnya, komputer riba ROG Zephyrus G14 ini dilengkapi dengan dua pilihan paparan IPS bersaiz 14 inci berbingkai nipis. Pilihan pertama ialah paparan IPS Full HD dengan kadar segar semula 120Hz, manakala pilihan kedua ialah paparan IPS WQHD (2560×1440) dengan kadar segar semula 60Hz.

Butiran penuh komponen dalaman komputer riba ini juga telah diumumkan oleh ASUS Malaysia, dimana pengguna mempunyai pilihan untuk mendapatkan model yang dijana CPU AMD Ryzen 5 4600HS, AMD Ryzen 7 4800HS ataupun AMD Ryzen 9 4900HS.



Ia juga dilengkapi memori DDR4 sebanyak 8GB ataupun 16GB dan storan SSD PCIe sebesar 512GB ataupun 1TB. Jika anda mendapatkan model ROG Zephyrus G14 dengan memori 8GB, anda boleh menambahkannya sendiri apabila diingini.

Dari segi pilihan cip pemprosesan grafik pula, pengguna boleh memilih untuk mendapatkan model ROG Zephyrus G14 dengan kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1650, NVIDIA GeForce GTX 1650Ti, NVIDIA GeForce GTX 1660Ti dan NVIDIA GeForce RTX 2060 Max-Q.

Gimik utama komputer riba ASUS ROG Zephyrus G14 ini ialah  ia mempunyai panel Dot Matrix di belakang paparan yang boleh digunakan untuk menunjukkan pelbagai jenis corak, bergantung kepada kehendak pengguna.

Dalam pada itu, komputer riba ini hadir dengan dua pilihan warna, termasuklah Moonlight White dan Eclipse Gray.

Menurut ASUS Malaysia, salah satu daripada pelbagai model ASUS ROG Zephyrus G14 ini sudahpun tiba di pasaran tempatan, manakala model-model lain akan tiba pada bulan Ogos dan September kelak.

Berikut ialah model-model dan tanda harga model-model ASUS ROG Zephyrus G14:


  • ASUS ROG Zephyrus G14 (Paparan WQHD, AMD Ryzen 9, DDR4 16GB, SSD 1TB, NVIDIA GeForce RTX 2060, AniMe Matrix) – RM7699 (warna Moonlight White dijual sekarang)
  • ASUS ROG Zephyrus G14 (Paparan Full HD 120Hz, AMD Ryzen 9, DDR4 16GB, SSD 1TB, NVIDIA GeForce RTX 2060, AniMe Matrix) – RM7699 (Dijual September 2020)
  • ASUS ROG Zephyrus G14 (Paparan Full HD, AMD Ryzen 7, DDR4 16GB, SSD 512GB, NVIDIA GeForce GTX 1660Ti, AniMe Matrix) – RM6199 (Dijual Ogos 2020)
  • ASUS ROG Zephyrus G14 (Paparan Full HD, AMD Ryzen 5, DDR4 8GB, SSD 512GB, NVIDIA GeForce GTX 1650Ti 2060, AniMe Matrix) – RM5299 (Moonlight White dijual sekarang, Eclipse Gray dijual Ogos 2020)
  • ASUS ROG Zephyrus G14 (Paparan Full HD, AMD Ryzen 5, DDR4 8GB, SSD 512GB, NVIDIA GeForce GTX 1650, tanpa AniMe Matrix) – RM4499 (Dijual Ogos 2020)



0/komen