India Mengharamkan 59 Aplikasi Dari China



Ketegangan antara China dan India meningkat akhir-akhir ini, dan salah satunya disebabkan pertempuran di sempadan Himalaya, yang menyaksikan sekitar 20 tentera India terbunuh.

Lanjutan daripadanya, kempen memboikot China telah dimulakan di India. Terbaru, kerajaan India telah mengumumkan yang mana mereka akan mengharamkan 59 aplikasi yang dibangunkan firma China – yang dikatakan membawa kepada pelbagai isu berkaitan sekuriti dan privasi.

Pelbagai laporan juga dikatakan telah diterima daripada wakil rakyat, mengatakan aplikasi ini melanggar isu privasi dan keselamatan pengguna.

Sejumlah aplikasi popular terkesan disebabkan oleh ini, termasuk antaranya adalah TikTok, UC Browser, Mi Community, WeChat, Weibo, Bigo Live, ES File Explorer, Meitu, Cam Scaner, dan juga Mobile Legends.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi apakah yang dimaksudkan oleh pengharaman ini. Aplikasi berkaitan masih boleh diakses melalui Google Play Store dan Apple App Store di India buat masa ini.

0/komen