iPhone SE (2020)



DXO merupakan salah satu organisasi yang aktif membuat ujian pada kamera peranti, dan memberikan skor sebagai sebuah penanda aras. Terbaru, DXO telah pun menerbitkan skor untuk telefon pintar terbaru Apple, iaitu iPhone SE.

iPhone SE hadir dengan satu kamera belakang, dilengkapi dengan sensor 12-megapixel menggunakan lensa f/1.8, menawarkan penstabilan imej optikal, autofokus PDAF, dan sokongan zum digital sehingga 5x.

Daripada apa yang dikongsikan, DXO mengatakan iPhone SE menawarkan kadar exposure yang jitu pada pelbagai keadaan cahaya, warna yang cantik dan menawan, dan rakaman cantik terutamanya ketika di kawasan terbuka. Namun, ia menghadapi masalah ketika rakaman zum, rakaman ketika keadaan malap yang tidak begitu baik, dan prestasi bokeh yang tidak sekata.

Untuk rakaman video pula, ia turut dikatakan menawarakn rakaman cantik dalam dan luar bangunan, selain penghasilan warna yang cantik. Namun, ia tidak menawarkan penstabilan baik ketika berjalan, dan autofokus yang tidak menentu.

Melalui skor yang dikeluarkan DXO, iPhone SE menerima skor sebanyak 101. Ia sekaligus memposisikannya setara iPhone XR, selain dibelakang Galaxy Note 9, Zenfone 6, dan lain-lain. Menerajui skor DXO ketika artikel ini ditulis adalah Huawei P40 Pro dengan skor sebanyak 128.

Di Malaysia, iPhone SE (2020) ditawarkan pada harga bermula RM1999.

0/komen