Kaki Bakal Dipotong Akibat Digigit Serangga



WORCESTERSHIRE, Britain – Seorang wanita berusia 27 tahun berhasrat untuk menjalani pembedahan bagi memotong kakinya apabila keadaan anggota itu bertambah teruk selepas digigit sejenis serangga.

Lisa Davis dipercayai digigit seekor pepijat ketika dia bercuti di sebuah pusat peranginan di tepi pantai di Saundersfoot, Wales dekat sini pada Julai 2011.



Pada mulanya, dia menyangka ulser pada kaki kanannya disebabkan selaran matahari, namun sangkaan itu meleset apabila mula membengkak menjadi kehitaman dan mengakibatkan kesakitan teruk.

Biarpun berusaha mendapatkan rawatan dan mengambil ubat-ubatan, Davis berkata, ia tidak membantu mengubati penyakitnya itu menyebabkan dia mahu menjalani pembedahan untuk memotong kakinya yang dilihat merupakan jalan terakhir.

“Saya tidak sangka kesan gigitan kecil serangga telah mengubah hidup saya dalam sekelip mata. Saya tidak boleh bekerja dan saya juga kini buta mata kiri menyebabkan saya berhasrat untuk menjalani pembedahan,” katanya.



Davis juga disahkan menghidap Complex Regional Pain Syndrome yang menyebabkan kesakitan kronik terutamanya pada bahagian kaki atau tangan. Lazimnya, keadaan itu berlaku selepas kecederaan, gigitan serangga, pembedahan atau serangan jantung

0/komen