Kantoi



Sepasang suami isteri yang telah mempunyai 3 orang anak, sedang berbual sambil menonton TV di dalam bilik mereka. Si isteri bertanya kepada suami beberapa soalan.

 Isteri :
Bang, kalau saya mati dulu, abang kahwin lagi tak ?

Suami :
Abang rasa, abang mungkin kahwin lagi. Kerana, anak-anak kita perlukan orang yang boleh beri perhatian. Makan minum abang pun adalah orang yang sediakan.

Isteri :
Habis, kalau abang kahwin lagi, abang kasi ke dia duduk rumah kita.

Suami :
Ye lah. Sebab rumah ni mahal, takkan nak biar kosong macam tu saja?

Isteri :
Abang kasi ke dia guna bilik, kita, toilet kita ?

Suami :
 Ya yang, sebab takkan abang nak buat bilik lain khas untuk dia. Nanti bilik ni, membazir pulak.

Isteri :
Abang kasi ke dia pakai almari kita ?

Suami :
Ye yang, almari kita ada 4 pintu takkan nak bagi org lain pulak.

Isteri :
Abang kasi ke dia pakai katil kita ?

Suami :
Terpaksalah yang. Sebab katil kita tu baru je beli sebulan.

Isteri :
Baju tidur saya, pijama dan towel saya ?

Suami :
Takkan itu abang nak bagi kakak & adik awak. Jadi, daripada tak dipakai, lebih baik kalau abang kasi dia aja.

Isteri :
Handbag saya, kasut saya, golf set saya ?

Suami :
Itu tak boleh, sebab dia suka handbag kaler maroon, kasut dia saiz kecil daripada awak, saiz 5, golf set tak boleh sebab dia kidal ...

Isteri :
????!!!!!

Suami :
( Dalam hati ) Alamak kantoiii !!


0/komen