Lain Bunuh Diri Lain Pulak Yang Mati



ALICANTE di Sepanyol, tempat kejadian berlaku.

Madrid: Seorang lelaki berusia 81 tahun mati selepas dihempap seorang wanita yang terjun dari tingkat tujuh sebuah bangunan kerana cuba membunuh diri.

Lelaki warga emas itu duduk di atas bangku bersama isterinya apabila wanita berusia 48 tahun berkenaan menghempapnya.

Kejadian berlaku  di bandar peranginan Alicante.

Wanita yang berdepan dengan tekanan hidup itu dibawa ke hospital di San Juan dengan kecederaan teruk.

Bagaimanapun, dia dilapor stabil.

Isteri lelaki itu yang berusia 85 tahun juga dimasukkan ke hospital sama kerana terkejut.

Pada 2013, seorang lelaki di Korea Selatan terjun dari tingkat 11 sebuah bangunan di Seoul dan menghempap seorang kanak-kanak berusia lima tahun.

Lelaki itu mati di tempat kejadian sementara kanak-kanak berkenaan mati beberapa hari selepas itu akibat kecederaan otak.



0/komen