Makhluk Halus Muncul Di Stesen MRT?



Gambar penampakan kelibat pocong ini  telah berjaya dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah lokasi yang tidak dapat dipastikan.

Imej itu disedari oleh anggota keselamatan yang bertugas pada malam kejadian.




Kini ‘penampakan’ tersebut menjadi bualan netizen di laman Facebook, Twitter, dan tidak kurang juga di aplikasi Whatsapp.

Berikutan itu, ramai yang berasa gerun untuk menggunakan perkhidmatan awam itu pada waktu malam kerana bimbang terjumpa ‘penjaga’ berkenaan.

Walau bagaimanapun, kejadian tersebut masih belum pasti kesahihannya selain masa dan lokasi juga masih belum dapat dibuktikan.

Terdapat netizen yang beranggapan, imej tersebut telah diedit oleh orang tidak bertanggungjawab bagi tujuan menakutkan orang ramai.

0/komen