Dewasa ini kita pasti menemui ramai pasangan-pasangan muda yang akan mentertawakan pengaamal perubatan Islam bilamana kita katakan kemungkinan sebab mandul mereka adalah berpunca dari ada makhluk halus yang bersifat perosak yang memakan benih mereka.
Mereka pasti akan berkata:." mengapalah pula jin suka makan benih manusia,? jin pun suka air mani manusia ke? boleh ker jin makan benih?
jin nih memang tak de makanan lain ker hinggakan benih manusia pun nak di sapunya?
Ada macam2 lagi soalan dari mereka ini, ada juga di antara mereka yang berkata nih macam cerita star war ke!!! , atau apa-apalah saja cerita-cerita fiksyen yang tak logik yang mereka selalu tonton dalam TV tu.
Apa ? mereka ingat semua benda tak logik ke? Dunia yang sudah tua ni memanglah penuh dengan perkara yang tak logik pada fikiran orang yang jahil. manakala bagi orang yang suka mengkaji pula akan melihat banyak kebesaran Allah yang tidak mam[pu di singkap oleh pemikiran manusia yang lemah dan terbatas ini.
Tentang banyaknya kehidupan dan tenaga yang tidak mampu di lihat oleh matakasar manusia ini memanglah di akui oleh Al Quran sendiri. Kadang-kadang Allah SWT memilih hambanya yang tertentu untuk membuktikan kepada mereka kekuasaanNya. malngnya kebanyakana manusia, bilamana ujian dan kesusahan itu sebelum menimpa dirinya sendiri, ia akan lupa untuk mengambil pengiktibaran. sekiranya ia telah benar-benar menimpa dirinya, barulah ia mula menjadi pelajar yang ingin mencari jawapan.
Keinginan kepada anak adalah sifat semula jadi yang di jadikan oleh Allah kepada setiap manusia. Syaitan akan menyekat kurniaan Allah ini tujuannya adalah untuk menguji hamba-hamba Allah yang lemah imannya.
Sebenarnya banyak pasangan yang bermasaalah dalam hubungan kelamin, masalah mereka telah bermula dari seawal kahwin lagi.Syaitan dah ganggu semasa bercouple, mereka yang suka layan dan ikut setan tu manalah sedar. mereka fikir seronok dan lazat.sebab tulah mereka tak sedar bahawa syaitan memang dah berlegar-legar dalam kehidupan sehari-hariannya. sehinggalah itu menjadi faktor mandulnya, mereka masih belum menyedarinya.
Bahkan ada juga syaitan mandul ini mula mengganggu pasangan nya setelah anak kedua. Kata beberapa pengamal yang lama berkecimpung dalam bidang ni, nak kenal saka , tunggulah anak ke dua, eik, apa nih? ya lah memang kita yang tak faham !!!
kita takut pada mandul saja, bagaimana pula manusia yang lama tidak memperbaharui kasih sayang lama setelah dapat seorang atau beberapa orang anak, juga banyak yang dipedayakan oleh syaitan dengan cara-cara tertentu, sehinggalah tidak memperolehi anak dengan sebab syaitan telah berjaya terhadap mereka.Marilah kita fikirkan !!!
Maka memang betapa banyak , secara ilmunya , ini yang menjadi realiti!!!
Pasal anak ini,banyak benar yang boleh kita pelajari dalam kisah nabi-nabi Ibrahim, Zakaria dan sebagainya lagi.
Nabi-Nabi ini berdoa memohon dan merayu kepada Allah tentang tuntutan batinnya yang inginkan anak dan seterusnya menjalani kehidupan seorang hamba yang redha dan menyerahkan segala-galanya kepada Allah adalah pengajaran yang paling besar untuk kita jadikan panduan dalam hidup yang penuh dengan ujian ini.
Golongan yang tidak mengenali tipu daya dan muslihat syaitan ini -kita dapati lazimnya menjalani kehidupan yang tempang setelah menunggu masa untuk memperolehi anak tidak juga kunjung tiba. -padahalnya sebahagian besar dari mereka telah memulakan kehidupan bercouple yang berlawanan dengan lunas-lunas syariat.
Ramai dari mereka yang akan mengambil jalan yang menuju kepada pengzinaan yang di larang Allah itu, bilamana mereka di uji dengan ujian mandul . jadilah syaitan yang kecil berada dalam diri mereka itu menjadi bertambah besar. Maka bilakah akan datangnya pertolongan Allah membawakan anak kepada mereka sekiranya mereka sendiri sengaja ingin menambahkan kekusutan dalam hidup mereka
Amatlah perlu kita menyedari bahawa di antara sasaran syaitan dalam dalam diri manusia ialah alat krekamin manusia itu sendiri. ia menjadi alat yang penting dan besar pengaruhnya dalam memperolehi pahala, demikianlah lah juga menghasilkan dosa.
Malangnya manusia sering menggunakan alat tersebut untuk membesarkan syaitan dalam dirinya samada secara ia sedar atau sebaliknya
الله أكبر ÙˆØده لا شريك له له الملك وله الØمد ÙŠØيى ويميت وهو على كل شئ قدير
MENGENALI MANDUL AKIBAT GANGGUAN JIN
Jin kepunyaan ahli keluarga sendiri mengganggu pasangan yang berkahwin, akibatnya sepanjang tempoh perkahwinan, pasangan ini hanya mengalami satu kali atau dua kali sahaja mengandung selama satu hingga tiga bulan kemudiannya hilang seolah di makan sesuatu makhluk halus yang tidak nampak di lihat oleh mata kasar.
Di bawah ini saya yang dhaif dan kerdil tidak berperi ini himpunkan pengalaman-pengalaman orang-orang yang soleh dan lama berkecimpung dalam bidang ini beberapa contoh permasaalahan yang seringkali timbul berpunca dari gangguan jin:
- seorang menantu yang berkelahi dengan mertua . mertua itu ada mempunyai barangan lama yang berupa makhluk halus
- salah seorang dari suami isteri itu pernah mendiami rumah (umpamanya menyewa sebuah rumah sewa yang pemiliknya ada memelihara atau mewarisi barangan lama yang berupa makhluk halus) .
- salah seorang dari pasangan suami isteri tersebut datang dari keturunan nenek moyang yang ada memelihara hantu raya, polong , pelesit atau lain-lain makhluk halus
- salah seorang dari pasangan suami isteri tersebut ada beramal amalan yang di sifatkan sebagai panas dan menjadikan benih cair. benih yang cair ini tidak mampu melekat antara satu sama lain.
- terdapat gangguan saka pada salah seorang atau kedua-dua pasangan suami isteri tersebut.
Catat Ulasan