Sudah hampir tiga bulan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia (PKP) berkuatkuasa di Malaysia bagi menghalang penyebaran wabak Covid-19. Ketakutan mengenai wabak di awal PKP kini digantikan pula dengan sikap acuh tak acuh.
Tetapi sejauh manakah kejayaan kita jika dibandingkan dengan usaha negara lain di peringkat global?
Untuk mendapatkan data yang terkini dan terperinci ini, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah melancarkan Global COVID-19 Index (GSI) dengan kerjasama Pemandu, Sunway University dan Akademi Sains Malaysia. Menerusi laman ini data mengenai jumlah kes aktif, pesakit yang telah sembuh, kematian dan trend dapat dilihat secara global atau mengikut setiap negara. GSI ialah laman pemetaan kawasan penularan Covid-19.
Satu perbezaan ketara di antara Global COVID-19 Index dengan pelbagai laman dataraya lain seperti Google misalnya ialah paparan indeks pemulihan dan tahap keseriusan wabak Covid-19 setiap negara. Dengan GSI, MOSTI berharap perang menentang pandemik ini akan dapat diperhebatkan lagi menggunakan dataraya.
Catat Ulasan