Nokia C2



Pihak Macpie Distribution – iaitu pihak pengedar peranti Nokia di Malaysia kini turut memperlihatkan mereka akan membawa masuk Nokia C2 untuk pasaran tempatan tidak lama lagi.

Nokia C2 merupakan telefon pintar Android dengan spesifikasi asas, dan menjalankan Android Go.

Ia menggunakan skrin 5.7-inci HD+, dilengkapi cip empat teras 1.4Ghz, memori 1GB RAM, dan storan 16GB. Melengkapkannya adalah bateri 2800mAh yang dicas menggunakan kabel mikro-USB.

Untuk rakaman gambar, Nokia C2 menggunakan kamera belakang 5-megapixel, dan juga kamera hadapan 5-megapixel. Ia turut hadir dilengkapi dengan akses pantas ke Google Assistant melalui sebuah butang fizikal khas.

Pihak Macpie Distribution hanya berura ura  sahaja buat masa ini, dan tidak mengumumkan lagi tarikh pelancaran dan harga jualannya untuk pasaran Malaysia.


0/komen