Penghantaran Makanan Kini Boleh Beroperasi Sehingga Tengah Malam



Hari pertama fasa pemulihan perintah kawalan pergerakan  bermula 10 Jun  ini  terdapat beberapa kelonggaran mula diberikan berbanding sebelum ini. Kelonggaran tersebut  ialah perkhidmatan penghantaran makanan kini dibenarkan beroperasi sehingga jam 12 tengah malam setiap hari. Ini adalah menurut Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri di dalam sesi soal jawab bersama media.

Sebelum ini waktu operasi bagi perkhidmatan penghantaran makanan ketika tempoh PKPB adalah hanya sehingga jam 10 malam manakala semasa tempoh awal PKP pula adalah sehingga jam 8 malam. Perubahan waktu operasi ini adalah selari dengan pihak kerajaan membenarkan restoran juga beroperasi sehingga jam 12 tengah malam bermula 10 Jun ( semalam ). Oleh itu anda kini boleh memesan makanan tanpa perlu risau terlepas waktu pesanan yang dihadkan sebelum ini.

0/komen