Pesakit Gila



Seorang doktor bertanya kepada pesakitnya: Bagaimana awak boleh jadi gila?

Pesakit itu pun menjawab: Beberapa tahun lalu saya menikah dengan seorang janda. Dia ada seorang anak perempuan berumur 20 tahun.

Abah saya seorang duda. Tiba2 dia meminang dan menikah dengan anak tiri saya.

Jadi anak tiri saya dah jadi ibu tiri saya. Abah saya pula jadi menantu saya.

2 tahun lepas tu isteri saya beranak. Dia ialah adik kepada ibu tiri saya. Anak saya panggil saya abah tapi kadang2 dia panggil saya pakcik.

Beberapa tahun kemudian, abah saya dan anak tiri saya yang juga ibu tiri saya pula dapat seorang anak.

Dia ialah adik tiri saya, tapi dia panggil saya atuk.

Jadi saya ni suami kepada isteri saya, isteri saya nenek adik saya, sebab dia ibu kepada anak tiri saya.

Jadi... adakah saya ni atuk kepada saya sendiri?

Hari2 saya pikir pasal ni. sedar2 saya dah gila, doktor.

Doktor: Saya pun boleh jadi gila kalau macam ni..huhuu..😭😭😭



0/komen