ZEINI sedang memandu untuk pulang ke rumah apabila dia menemui tas tangan yang mengandungi wang tunai AS$10,000.
PEJABAT Syerif Daerah Santa Barbara memuat naik kisah kejujuran Zeini yang memulangkan semula wang yang ditemui kepada pemiliknya di laman Facebook.
CALIFORNIA, Amerika Syarikat – Seorang remaja lelaki bertindak jujur apabila menyerahkan tas tangan mengandungi wang tunai AS$10,000 (RM41,400) yang ditemuinya di tengah jalan kepada polis.
Rhami Zeini, 16, sedang memandu dalam perjalanan pulang ke rumah dari sekolahnya apabila dia ternampak sebuah tas tangan hitam berada di tengah-tengah jalan raya.
Polis daerah Santa Barbara dalam laman Facebooknya memberitahu, pelajar Sekolah Tinggi Laguna Blanca itu yang mendapati terdapat begitu banyak wang dalam beg tangan berkenaan segera menghubungi ibu bapanya untuk meminta nasihat.
“Dalam dunia hari ini yang dipenuhi dengan berita buruk, kita begitu teruja untuk berkongsi berita positif dengan orang ramai.
“Terima kasih Zeini kerana melakukan sesuatu yang betul semasa menemui barangan berkenaan sehinggalah berjaya dipulangkan semula kepada pemiliknya,” kata pejabat Syerif Santa Barbara.
Sementara itu, wanita yang merupakan pemilik beg tangan berkenaan mengakui kecuaian meletakkan beg tersebut di atas bumbung kereta sebelum memandu. Dia menghadiahkan AS$100 (RM414) kepada Zeini sebagai tanda terima kasih
Catat Ulasan