Separuh Curut RM24,000



Sebahagian curut yang tidak habis dihisap oleh Winston Churchill pada 1941 dijual dengan harga sangat tinggi iaitu £4,500 (RM24,513) pada satu jualan lelong .

Pelelong tertinggi Keys daripada Aylsham, Norfolk, berkata Mr Churchill meninggalkan sebahagian puntung sahaja kerana menghadiri satu mesyuarat kabinet.

Ia kemudiannya dikutip oleh valet Downing Street dan dikirim kepada seorang kawannya bersama sepucuk nota.

Kawannya itu menyimpan cenderamata itu sehingga kematiannya dan kemudian cerut itu disimpan oleh saudaranya.

Keys berkata puntung berukuran hampir empat inci panjang - telah dibeli oleh seorang pengumpul peribadi pada suatu jualan di Aylsham.

Seorang jurucakap berkata cerut itu dijangka dijual pada harga £350 (RM1,906).

November lalu, bekas mentega yang digunakan sebagai tempat abu rokok oleh Mr Churchill ketika bersantap di Kelab London dilelong pada harga £4,200 (RM22,879).


0/komen