Lelaki Harimau Di Jumpai Mati



TONOPAH: Seorang veteran tentera laut Amerika Syarikat yang menghabiskan beberapa tahun untuk kelihatan seperti seekor harimau, ditemui mati.

Dennis Avner (gambar), 54, membelanjakan beribu-ribu dolar untuk menjalani pembedahan dan tatu bagi mengubah dirinya menjadi haiwan itu.

Pengatur cara komputer itu sebelum ini menjalani pembedahan untuk menyumbingkan bibirnya, telinga tajam ke atas dan implan silikon pada pipi serta dahinya.

Dia juga menajamkan giginya untuk kelihatan seperti taring serta memiliki kuku jari yang tajam.

Avner yang berasal dari Tonopah, Nevada, memberitahu rakannya, dia suka dipanggil ‘Kucing Yang Merayau.’ Dalam satu laman web, dia menulis: “Saya ialah Huron dan dengan mengikuti tradisi lama, saya sudah bertukar menjadi harimau.” Avner, yang muncul dalam acara Ripley's Believe It or Not! di seluruh dunia, ditemui mati di kediamannya.

Punca kematian tidak jelas tetapi rakannya, Shannon Larrat menulis dalam blognya, Avner membunuh diri.


0/komen