Lipas Laut



SEORANG lelaki memegang lipas laut yang ditemui di dasar laut Banten,Indonesia .SPESIES lipas laut ini kelihatan seperti wajah Darth Vader.



DARTH Vader

SINGAPURA – Sejenis lipas laut yang memiliki wajah menyerupai watak Darth Vader dalam filem Star Wars disahkan sebagai spesies baharu selepas penemuannya di dasar Lautan Hindi.

Hidupan ganjil itu ditemui oleh pasukan pengkaji dari Universiti Kebangsaan Singapura semasa melakukan penyelidikan di perairan Banten, Indonesia pada tahun 2018.

Isopod mempunyai tujuh pasang kaki itu mempunyai nama saintifik Bathynoumus raksasa. Isopod adalah hidupan marin tanpa tulang belakang dan tergolong dalam keluarga krustasia seperti ketam serta udang.

Pasukan penyelidik diketuai oleh Peter Ng itu melakukan eksplorasi di 63 tapak di tengah laut selama dua minggu.

Sepanjang tempoh tersebut mereka mengumpul sebanyak 12,000 hidupan marin daripada 800 spesies dengan 12 daripadanya belum direkodkan secara saintifik.

Pemangku Ketua Zoologi Pusat Penyelidikan Biologi di Institut Sains Indonesia (LIPI), Cahyo Rahmadi memberitahu Perbadanan Penyiaran British (BBC) bahawa penemuan itu adalah satu pencapaian dari sudut santifik.

“Penemuan spesies baharu ini adalah pencapaian terbaik khususnya dalam bidang taksonomi,” katanya.

Kebanyakan isopod boleh membesar sehingga panjang 33 sentimeter (sm) tetapi Bathynomus raksasa boleh mencapai panjang 50 sm.

Penemuan spesies baharu itu menjadi viral di internet dengan sebahagian netizen menyifatkan kepala hidupan marin itu menyerupai Darth Vader, malah mereka turut mencadangkan supaya nama krustasia itu ditukar kepada Isopod Darth Vader

0/komen