Nubia RedMagic 5S



Kini Nubia telah pun melancarkan telefon pintar mercu mereka yang dioptimasikan untuk permua, iaitu Nubia RedMagic 5S.

Telefon pintar ini hadir dengan skrin 6.65-inci FHD+ AMOLED, dilengkapi kadar segar semula 144Hz, dan dijana menggunakan cip Snapdragon 865. Nubia menyertakan memori sehingga 16GB RAM bersama-sama telefon pintar ini.

Melengkapkan telefon pintar ini adalah sokongan kamera belakang dengan sensor utama 64-megapixel, dilengkapi sensor 8MP ultra-lebar, dan 2MP makro. Kamera swafoto pula adalah 8-megapixel.

Nubia RedMagic 5S ini mmenyertakan bateri 4500mAh dengan sokongan pengecasan pantas 55W, selain turut dilengkapi pengimbas cap jari atas skrin, dan bicu audio 3.5mm.

Khusus untuk permua, ia dilengkapi dengan sokongan penyejukkan berefisien tinggi, selain sokongan getaran 4D untuk pengalaman permua yang baik melaluinya. Disamping itu, ia juga turut dilengkapi dengan sokongan Shoulder Trigger Buttons.

Buat masa ini, ia hanya diumumkan di China sahaja.

0/komen