Batu Pyrite Disangka Emas..Penduduk Kena Kencing Nampaknya



SHAHARUL (kiri) bersama seorang lagi penduduk, Rogayah Ghani menunjukkan tempat penemuan batu pyrite yang disangka emas di bahu jalan Kilometer 26 Kuala Terengganu - Kuantan, di Kampung Pulau Kerengga, Marang .

KUALA TERENGGANU – Kegembiraan sebahagian penduduk Kampung Pulau Kerengga di Marang menemui batu-batu bersalut emas di bahu jalan Kilometer 26 Kuala Terengganu - Kuantan akhirnya berasa hampa selepas mengetahui ia cuma batu pyrite yang tidak mempunyai nilai di pasaran.

Malah ada sebilangan besar penduduk sanggup menghabiskan masa selama beberapa jam untuk me­ngumpulkan batu-batu kecil yang berwarna kekuningan seperti emas itu.

Seorang penduduk. Shaharul Faizal, 35, berkata, berita mengenai penemuan emas itu pantas tersebar menerusi aplikasi WhatsApp sehingga beberapa orang penduduk sanggup mengumpulkan batu-batu itu selama beberapa jam.



0/komen