Harimau Terlepas Cetus Panik



KEHAIRANAN dan terkejut… Mungkin itulah yang dirasai oleh pengguna lebuh raya di Doha, Qatar apabila pemandu kenderaan melihat kelibat seekor harimau belang yang berkeliaran di atas jalan raya.

Binatang liar berkenaan seolah-olah kebingungan dan keliru setelah ia tiba-tiba terjatuh dari sebuah lori pengangkut haiwan.

Mamalia keluarga kucing itu dilaporkan berkeliaran antara kereta yang berada di lebuh raya domestik itu. Harimau tersebut dilihat memakai rantai dan berkemungkinan ia adalah haiwan peliharaan seseorang.

Kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 4 petang waktu tempatan  namun tidak dapat dipastikan bagaimana ia mula berlaku.

Mujur tiada kemalangan dilaporkan berlaku sepanjang mamalia itu santai ‘lepak’ atas lebuh raya ibu kota Qatar itu dan semua pemandu terpaksa berhati-hati untuk mengelak terlanggar haiwan tersebut.

Harimau tersebut kemudiannya berjaya ditangkap dan kelihatan empat orang lelaki menolaknya kembali ke dalam lori berkenaan


0/komen