Samsung Siri Galaxy Note 20


Samsung kini  telah memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka dibawah siri Galaxy Note 20 secara rasminya. Dua peranti diperkenalkan dibawah keluarga ini, iaitu Galaxy Note 20 dan juga Galaxy Note 20 Ultra


Galaxy Note 20 hadir dengan skrin 6.7-inci Infinity-O dengan kadar segar semula 60Hz, dijana Exynos 990, memori sehingga 8GB RAM dan storan sehingga 128GB. Ia turut dilengkapi bateri 4300mAh, dilengkapi tri-kamera belakang dengan sensor utama 64-megapixel, dan sokongan kalis air IP68.

Galaxy Note 20 Ultra pula hadir dengan skrin 6.9-inci Dynamic AOLED, dijana cip Exynos 990, memori sehingga 12GB RAM, dan storan sehingga 512GB. Ia dilengkapi bateri 4500mAh, tri-kamera belakang dengan sensor utama 108-megapixel, dan turut dilengkapi sokongan kalis air IP68.

Kedua-dua peranti ini hadir menyertakan S-Pen pada bahagian kiri peranti – berbeza dengan penawaran siri Note sebelum ini yang menyertakannya pada bahagian kanan.

Pengalaman S-Pen turut dinaik-taraf melalui siri Galaxy Note 20 baru ini, termasuk kemudahan mengawal peranti tanpa menyentuh skrin, selain kadar kejituan yang lebih baik. Samsung juga turut menaik-taraf aplikasi Samsung Notes dengan sokongan sync antara PC dan peranti, selain memudahkan pengguna menambah nota pada fail PDF.

Bersama pengenalan siri Note 20, Samsung turut mengumumkan kerjasama dengan pihak Microsoft, sekaligus membolehkan pengguna memainkan permainan Xbox terus pada telefon pintar melalui sokongan permainan berasaskan awan. Namun, ciri ini tidak diketahui lagi akan ditawarkan di Malaysia atau tidak.

Siri Galaxy Note 20 juga menyokong rakaman video 8K, selain turut dilengkapi sokongan DeX.

Samsung dijangka melancarkan kedua-dua telefon pintar ini di Malaysia pada bulan ini.

0/komen