ANTARA tulang manusia yang ditemui di dalam kapal karam Antikythera dipercayai berusia 2,000 tahun.
ATHENS – Terkubur di sebalik pasir dan artifak bersejarah, pasukan penyelidik di sini menemui tulang manusia yang dipercayai milik kelasi berusia 2,000 tahun yang mati di dalam kapal karam Antikythera.
Kajian ahli arkeologi terhadap kapal terkenal tersebut di sebuah pulau kecil di sini mendedahkan penemuan artifak penting itu termasuk misteri Mekanisme Antikythera yang bakal membawa kepada segala persoalan sejak 2,000 tahun lalu.
Kumpulan pengkaji dari Kementerian Sukan dan Budaya Yunani dan Institusi Oseanografi menemui tulang manusia yang terdiri daripada rahang, gigi, tangan, kaki, punggung selain beberapa artifak lain.
“Masih banyak lagi bahagian tulang manusia yang terkubur. Menerusi penemuan ini, kita dapat merungkai misteri di sebalik kemalangan laut kapal tersebut,” ujar jurucakap kumpulan berkenaan.
Penemuan ini merupakan kali pertama ahli arkeologi menemui tulang manusia di kawasan kapal karam di dalam era analisis asid deoksiribonukleik
Catat Ulasan