Amazfit GTR 2 Dan GTS 2


Amazfit GTR dan GTS adalah jam tangan pintar premium dari Amazfit yang mula dilancarkan pada tahun lepas. Ia boleh dikatakan adalah versi yang lebih berkuasa berbanding produk Amazfit lain serta mampu bersaing dengan Huawei Watch GT. Terkini, mereka telah hadir dengan Amazfit GTR 2 dan juga GTS 2.

Amazfit GTR 2
Skrin yang digunakan adalah 1.39-inci AMOLED yang dilindungi kaca 3D yang melemgkung. Muka jam boleh ditukar dan dipilh dari pelbagai senarai rekaan, bateri pula adalah 471mAh dengan ketahanan 14 hari serta mampu bertahan sehingga 38 hari jika menggunakan mod jam biasa. Untuk sistem penjejakan dan pemantauan pula adalah SomnusCare untuk tidur, BioTracker PPG untuk imbasan nadi dan OxygenBeats untuk SpO2.

Jam ini turut mempunyai GPS terbina, menyokong 12 mod sukan, boleh menjawab panggilan telefon serta pembantu digital XiaoAI. Seperti model sebelum ini, ia turut hadir dengan sokongan NFC untuk pembayaran nirtunai, mempunyai storan dalaman mencukupi untuk menyimpan 600 MP3, menggunakan aksesori audio pada jam ini dan kalis air 50m.


Amazfit menawarkan dua variasi iaitu Sports dengan harga RMB999 dan Classic pada harga RMB1,099. Ini adalah harga yang berbaloi, kerana jika ditukar kepada mata wang Ringgit – iaitu sekitar RM612 – RM673 yang lebih murah dari Huawei Watch GT.

Amazfit GTS 2
Untuk GTS 2 pula, spesifikasi secara keseluruhan adalah lebih kurang sama dengan GTR 2. Tetapi dimuatkan dalam rekaan seakan GTS generasi pertama. Pemantauan tidur SomnusCare, BioTracker PPG, GPS, NFC, kemampuan menjawab panggilan telefon, serta sensor OxygenBeats untuk SpO2 semuanya dikekalkan.

Saiz skrin adalah 1.65-inci AMOLED rekaan segi empat dengan kaca 3D melengkung, tetapi bateri lebih kecil iaitu 246mAh yang mampu bertahan selama 7 hari mod pintar dan 20 hari mod biasa.

Harga jualan adalah RMB999 dengan pilihan warna hitam, kelabu atau emas. Jika ditukar kepada mata wang Ringgit, harganya adalah sekitar RM612.

0/komen