
( Sifat "HARIMAU" )
Ada orang kata kekuatan harimau terletak pada kukunya sebab sekali libas sahaja, daging mangsanya boleh koyak. ada pula yang kata kekuatan harimau terletak pada taringnya, sebab sekali gigit terus tak boleh buat apa , Memang dia gigit tak
lepas sambil taringnya menembusi leher/tengkuk mangsa. Semuanya adalah benar , Tapi bukan itu saja kekuatan harimau juga terletak pada suaranya.
Sesiapapun kalau terdengar ngauman sang belang mesti cabut lari, walaupun belum sempat nampak bayang tubuh harimau tu..kekuatan larian seseorang pada ketika ini mampu mengalahkan kelajuan seekor cheetah ataupun Usain Bolt
pelari pecut 100 meter terpantas didunia ketika ini.
Sebenarnya suara gema raja rimba ini mampu didengari sejauh 10 kilometer. ini memang menggerunkan apabila suara itu bergema dihutan belantara. gema ini telah membuktikan haiwan lain akan gerun dan menggigil bila mendengar sahaja
gema suara sang belang didalam hutan walaupun sang belang itu berada 10km jauhnya.
Haiwan-haiwan lain akan senyap bila si rimau muncul , Jadi kalau korang masuk hutan dan tak dengar bunyi unggas/burung hati-hatilah kemungkinan besar
si dia sedang memerhati.
Kelebihan memiliki suara yang garau dan tubuh yang gagah membolehkan harimau menumbangkan musuhnya yang mempunyai tubuh badan yang lebih besar melalui psikologi gema suaranya. bayangkan seekor harimau boleh
menumbangkan seekor seladang yang lebih besar dan kuat darinya.
Selain dari mempunyai suara yang kuat, harimau juga memiliki penglihatan yang tajam dan pendengaran yang jelas, dua kelebihan deria ini membolehkan harimau membantu dirinya mengatur langkah didalam hutan walaupun diwaktu malam
hari. ini kerana matanya dibantu oleh 'tapetum lucidum' iaitu sejenis struktur pembiasan cahaya yang membiaskan cahaya matahari yang terkumpul diwaktu malam. selain mempunyai penglihatan yang tajam harimau juga mempunyai sentuhan kaki yang peka terhadap struktur permukaan bumi. ini membantu harimau melangkah didalam gelap, mengesan bahaya dan menjejak mangsa. ini adalah antara sifat harimau yang ditiru oleh penjejak (trooper) dalam pasukan komando.
Telinga harimau juga amat peka dimana ia mampu mendengar bunyi yang dihasilkan oleh mangsanya dari jarak 5 km walaupun dihalang oleh pokok-pokok besar dan batu-batu besar. namun begitu harimau juga mempunyai kelemahanya iaitu deria baunya yang tidak dapat membezakan antara bau darah dan bau haiwan buruannya. tidak cukup dengan itu harimau juga akan hilang arah apabila bersin. asap adalah antara bahan yang mampu membuatkan harimau bersin. sebab itulah
harimau akan lari dari api bukan kerana ia takut tapi alerginya terhadap asap yang dihasilkan dari pembakaran itu.
Harimau tak macam singa , Singa berburu berkumpulan sedangkan harimau "solo" dia suka menyendiri dan diam , Tapi tidak suka diganggu , Sebab itulah ada pepatah jangan diganggu harimau yang sedang tidur. Lagi satu sifat harimau tidak
terburu-buru , ia senantiasa memerhati musuhnya , dan menunggu masa yang tepat untuk menerkam. Sifat tempur harimau melalui "instinct" dia bergerak dan bertarung dengan spontan dan tangkas , deria dan tindak balasnya sangat peka ,
Sifat tempur itu sememangnya semula jadi didalam dirinya.Harimau sememangnya cukup sinonim dengan Alam Melayu , Terutamanya dalam ilmu persilatan , Seperti ilmu belian dan teknik serangan yang diolah dan diilhamkan dari sang harimau , Lagi satu harimau jadian yang korang selalu dengar tu
Catat Ulasan