Cara Elakkan Telefon Jadi Panas



 Telefon panas macam nak meletup.. pasti pernah alami kan.. Masa memula beli memang bagus, tapi bila menjangkau setahun ke atas mula la buat perangai kan... Tapi ada cara untuk kita elakkan telefon selalu panas.. sebab bahaya bila telefon selalu panas ni.. boleh terbakar peranti dan komponen dalam.

1 PADAMKAN APLIKASI YANG TIDAK DIGUNAKAN

Kadangkala, beberapa aplikasi telefon berjalan serentak, sama ada secara disedari atau tidak. Sesetengah aplikasi, terutamanya bloatware akan berjalan di latar belakang secara automatik apabila menghidupkan telefon. Oleh itu, semak tetapan telefon dan mengenal pasti aplikasi manakah yang meningkatkan beban kerja CPU dan bateri, kemudian matikan atau buang sahaja aplikasi tersebut jika tidak diperlukan.

2 GUNAKAN SKRIN ANTI SILAU

Sesetengah pengguna telefon gemar menetapkan kecerahan skrin pada tahap maksimum, lebih-lebih lagi ada skrin yang sukar dibaca di bawah pancaran matahari. Sebenarnya, penggunaan kecerahan skrin yang tinggi akan memberi kesan kepada bateri telefon dan meningkatkan suhu. Oleh itu, gunakan pelindung skring yang mempunyai fungsi anti silau supaya anda dapat melatakkan tetapan keceraha pada tahap sederhana.

3 JANGAN DEDAHKAN TELEFON KEPADA PANCARAN MATAHARI

Selain peningkatan suhu dalaman, aspek luaran seperti pancaran cahaya matahari secara terus juga boleh memberikan kesan negatif kepada telefon anda. Letak di tempat yang terlindung dari matahari terik, dan jangan tinggalkan telefon di dalam kereta pada siang hari.

4 HIDUPKAN MOD PENERBANGAN

Dalam persekitaran yang mempunyai isyarat yang lemah, sistem operasi telefon akan cuba mengimbas isyarat di kawasan tersebut dengan lebih menyeluruh. Proses ini menggunakan lebih banyak kuasa dan menyebabkan bateri menjadi panas. Sekiranya berada dalam situasi isyarat lemah, atau pada masa telefon tidak digunakan (waktu tidur), tukar mod telefon anda kepada mod penerbangan untuk menjimatkan bateri dan menghalang telefon menjadi panas.

5 TANGGALKAN PELINDUNG TELEFON

Pelindung telefon (protective case) memang boleh melindungi telefon daripada impak fizikal, di samping menjadi aksesori yang cantik. Namun, ia juga boleh memerangkap haba dan menyebabkan telefon menjadi panas, terutamanya semasa bateri telefon dicas. Sekali-sekala, beri ruang untuk telefon bernafas dengan menanggalkan pelindung terutamanya semasa mengecas telefon atau apabila suhu telefon meningkat.



0/komen