Jabatan Perdagangan di Amerika Syarikat telah mengatakan dibawah perintah Trump, aplikasi WeChat tidak lagi boleh ditawarkan melalui kedai aplikasi Amerika Syarikat. Namun, perkara berkenaan kini dilihat ditangguhkan sementara.
Melalui permohonan mahkamah, seorang hakim di California menghalang sementara arahan tersebut. Ia dikatakan walaupun ia menyentuh berkenaan kerisauan keselamatan negara yang dikaitkan dengan China, namun bukti melibatkan WeChat masih tidak memadai.
Dengan injunksi sementara ini, ia akan membolehkan aplikasi WeChat terus ditawarkan melalui kedai aplikasi Apple dan Google buat sementara waktu ini. Injunski sementara ini juga turut membolehkan pelbagai transaksi melibatkan WeChat diteruskan buat masa ini.
Untuk makluman, ini hanya injunksi sementara sahaja, dan masih perlu melalui pelbagai proses mahkamah. Apa pun, sehingga itu, aplikasi WeChat masih dibenarkan untuk dimuat-turun di Amerika Syariikat.
Buat masa ini, pihak Trump dan Jabatan Perdagangan AS masih belum mengeluarkan komen berkaitan keputusan ini.
Catat Ulasan