Hyundai Membangunkan Kenderaan Kelas “Transformer”


Hyundai telah mengumumkan penubuhan bahagian perniagaan khas, dinamakan New Horizons Studio. Melaluinya, mereka akan memfokuskan kepada penghasilan kenderaan UMV (Ultimate Mobility Vehicle).

New Horizons Studio akan memfokuskan kepada menghasilkan kenderaan yang boleh bergerak pada pelbagai latar jalan, termasuk dimana kenderaan tidak boleh bergerak sebelum ini. Kenderaan ini akan dioptimasikan untuk pelbagai keadaan persekitaran, bentuk jalan, dan juga penggunaan berbeza.


Sebelum ini, Hyundai telah memperlihatkan Hyundai Elevate pada CES 2019 yang lepas, dimana ia memperlihatkan kereta dengan kaki robotik – yang mana bukan sahaja menggunakan roda untuk berjalan pada keadaan jalan raya biasa, tetapi menggunakan kaki untuk berjalan di kawasan yang tidak membenarkan penggunaan tayar biasa.
 

0/komen