Kehadiranmu


Sayup-sayup terdengar suara cengkerik memecah kesunyian pagi. Dia menggeliat perlahan apabila terdengar suara cengkerik bersahutan pula dengan azan subuh di masjid kampungnya. Sekilas matanya memandang pada jam di meja tulisnya, hadiah pemberian rakan sekelas pada majlis pertukaran hadiah yang diadakan pada tiga tahun lepas…

Terasa seperti waktu berlalu begitu pantas, tidak terkejar rasanya. Dia bergerak kearah jendela, dikuaknya perlahan. Terasa amat damai apabila hembusan bayu menyentuh pipinya. Indahnya ciptaanmu ya allah..dia memanjatkan rasa syukur..al-hamdulillah, aku masih bisa bernafas pada waktu pagi yang sebegini indah…bangunlah umat nabi Muhammad sekalian, tinggalkan mimpi-mimpi indah kalian…

Dia membuka daun pintu untuk menuju kearah dapur, sarapan wajib disediakan sebelum dia bersiap-siap untuk ke tempat kerja. Dari dapur kedengaran suara ayah melaungkan takbir…dia tahu pasti ketiga adiknya akan menjadi makmun pagi itu…dia bercuti, jika tidak, pasti dia juga akan berjemaah bersama adik-adiknya.

Apa nak masak pagi ni ea..dia termenung sendirian…andailah arwah mak masih ada, pasti aku tidak pening untuk memikirkan apa yang perlu dimasak setiap hari. Mak..along rindu…

" alamak…nasi goreng lagi..bosan la…"
" apa adik ni..makan aje la..kesian along, dah penat-penat masak..bukan nak ucap terima kasih"

Hardina, adiknya yang kedua sempat memarahi adik lelaki tunggalnya. Dia hanya tersenyum. Kata-kata Imran tidak lansung meninggalkan kudis..dia tahu Imran hanya meluahkan apa yang dirasa. Budak-budak tidak pandai untuk menyimpan apa yang mereka rasa..semuanya akan diluahkan…

" adik..tak sedap ke along masak?"

" adik bukan cakap tak sedap tapi adik cakap dah bosan nak makan nasi goreng. Along masak memang best! Tak ada sape leh lawan..kan kak uteh…"
Emm..bodek! takut tak dapat makan la tu….

" Fatihah..ada stok baru sampai. Kamu susun ikut rak yea.."
Dia hanya mengganguk. Faham dengan tugasan yang perlu dilakukanya. Itulah rutin seharianya, menyusun buku dan menjadi jurujual. Jika tidak ada pelanggan, masanya banyak dihabiskan dengan membaca novel dan majalah yang terdapat di kedai tersebut.

Dia amat suka membaca dan itu menjadi satu sebab mengapa dia memohon kerja di situ. Serasanya sudah hampir tiga tahun dia bekerja di situ, bukan tidak ada tawaran kerja yang lebih baik tetapi dia lebih senang di situ. Dekat dengan ayah dan adik-adik. Sekurang-kurangnya, dia masih boleh menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang anak dan kakak.

" cik, saya nak tahu..apa buku keluaran terbaru NB KARA?"
Dia menoleh apabila terasa yang suara tersebut begitu hampir denganya. Dia tersenyum walaupun senyumanya tidak disambut oleh pemuda di hadapannya ini. Uih..sombong! hatinya mengutuk…
" kat sini adalah buku-buku keluaran terbaru Alaf 2 dan NB KARA.. saudara boleh pilih sendiri. Stok baru sampai pagi tadi"

" saya tak pandai nak pilih..sebab tu saya tanya awak. Kalau tak, apa guna awak jadi pekerja kat sini"

Sinis. Tajam. Dia menahan sabar..pemuda itu adalah pelanggan..pelanggan sentiasa betul…

" saya rasa elok encik try baca buku ni..dengarnya sambutan yang diterima amat memberangsangkan..karya Norhayati Berahim.."

Dia menghulurkan salah satu buku yang berada di rak tersebut. Buku yang dihulur tidak disambut. Dia hanya menahan sabar dengan tingkahlaku yang ditunjukkan oleh pemuda tersebut. Apa lah malang nasib, baru sekerat hari bekerja dah jumpa manusia macam ni…

" kenapa bagi kat saya? Bungkuslah! Itu pun nak kena ajar ke?"

Dia terkejut. Terasa ayat yang diluahkan oleh pemuda yang berlagak di depanya ini terlalu kasar. Darahnya naik samapai ke kepala..ada jugak aku hempuk je buku ni kat kepala mamat ni..baru dia tau langit tu tunggi ke rendah.
" berapa?"

" Rm 24.90"

Dia menjawab ala kadar. Malas mahu melayan karenah manusia yang tidak pandai untuk berbudi bahasa. Bukankah rakyat Malaysia kaya dengan budi bahasa..budi bahasa budaya kita..kononnya!
" what? Buku macam ni pun mahal?"

Ish..ini dah melampau. Dia mengetap bibir..tadi berlagak, tak kan sebuah buku yang tak sampai lima puluh ringgit dah komlen….apa punya manusia la mamat ni…

" awak nak beli ke tidak?"
" eh..awak jangan nak perli saya lak..saya ada duit taw!"
Pulak..dia dah mula menyampah. Aku tak cakap pun yang kau tak ada duit…


Tengahari itu dia tidak keluar untuk membeli makanan. Dia ada membawa bekal dari rumah. Bulan ini dia memerlukan duit yang agak banyak daripada biasa kerana kedua adiknya Hardina dan Najwa perlu membayar yuran peperiksaan minggu depan. Nampaknya, tak boleh lagilah aku nak beli handfhone bulan ni..dia senyum sendiarian…insya-allah…ada rezeki aku bulan depan…dia menahan sabar.

" Fatiha..kenapa tak keluar makan?"

Kak Tina selaku bos nya menegur ramah. Mengambil tempat di sebelahnya.
" pagi tadi Tiha masak lebih nasi lemak ni..tu yang bawak bekal. Akak dah makan?"

Dia menyoal. Dipandangnya bekas nasi lemak yang dah tinggal separuh. Nak pelawa ke? Nampak macam kurang sopan mempelawa nasi yang telah dimakan.

" akak dah makan ngan Abang Salman tadi..Abang Salman ada meeting kat kawasan ni tadi. Tu yang dia ajak akak lunch sama.."

Dia hanya mengangguk. Faham benar dengan kebaikan suami bosnya itu. Tidak pernah sekalipun dia ternampak pasangan bahagia itu bertengkar, segalanya nampak macam baik-baik sahaja.

Semoga allah panjangkan jodoh akak sampai akhirat..ikhlas dia mendoakan. Kak Tina seorang yang baik, pasti allah kurniakan seorang suami yang baik seperti Abang Salman untuknya. Bukankah wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik?

" fatiha..akak nak tanya ni..tapi, akak tak mahu Tiha kecik hati.."
Lambat-lambat ayat itu dituturkan oleh Kak Tina. Dia mengerutkan dahi..macam ada yang tak kena je…
" tanyalah akak…"

" dua hari lepas ada tak adik kawan akak datang sini?"
Dahinya semakin dikerutkan. Berupaya untuk mengingati wajah-wajah yang seakan dia kenal datang ke kedai itu sejak dua hari yang lepas. Dia menggeleng perlahan..

" tak ada kak..adik siapa? Kak Ramlah ke..or Kak Syireen?"
" adik Kak Sofea.."

" Kak Sofea ada adik?"

Kak Tina mengganguk. Mengiyakan kata-katanya.

" Kak Sofea cerita kat akak yang adikya marah-marah lepas balik dari kedai kita. Katanya Fatiha cakap bukan-bukan dengan dia..menyindir dia.."

Haaa? Mamat itu! Mamat itu adik Kak Sofea..kenapa lain benar…tapi kenapa dia mahu mengfitnah aku?

" demi allah kak..saya tak buat seperti apa yang adik Kak Sofea cakap. Akak kenal saya macammana kan? Kak Sofea marah saya ke kak?"

Dia bertanya. Gusar wanita sebaik Kak Sofea akan berburuk sangka dengannya.

" fatiha janganlah fikir bukan-bukan. Akak tak percaya cuma mahu cerita dan bertanya dengan Fatiha sahaja…kot-kot la adik Sofea tu tersilap kedai, dia baru balik dari Norway. Kak Sofea kirim salam. Petang ni dia mungkin datang..nak ambil buku yang dia order untuk sekolahnya"

" kau lagi? Mana Kak Tina?"

Dia mengurut dada perlahan apabila disergah sebegitu rupa. Tidak reti beradab lansung! Bagilah salam..ini main redah aje…

" Kak Tina sakit kepala. Dia dah balik rumah. Ada apa-apa yang boleh saya tolong?"

Walaupun hatinya sarat dengan amarah kepada pemuda di hadapanya ini tetapi dia tidak berupaya untuk marah. Dia tiada hak..Kak Sofea adalah kawan paling baik Kak Tina. Aku tak mahu menjadi penyebab atas kerosakakn persahabatan mereka jika bergaduh dengan adik Kak sofea.
" aku nak ambik order ni.."

Dia mengambil perlahan kertas putih yang berada di tangan pemuda tersebut. Setelah itu, dia terus ke rak belakang tanpa memandang wajah yang bila-bila masa sahaja boleh menyebabkan dia terasa ingin menampar orang.
" eh..kejap-kejap..apa nama kau ea.."
" fatihah…"

" kau tak sesuai ngan nama kau..sepatutnya nama kau Munirah.."
Dia menahan gelak dalam hati. Apa kena dengan mamat ni?
Ada ke orang macam dia kat dunia ni? Ada..mamat sengal ni la…haha…
" nama aku Munif…"
" sedap nama tu.."

Dia memberi pujian ikhlas.
" eh..betul ke? Kawan-kawan aku cakap nama aku tak moden..nama orang lama"
Pulak..macam-macam la mamat ni..nama pun nak dijadikan isu. Redha aje la..nama Munif bukan membawa makna yang tidak elok.

" kak sofea sihat?"

Dia sengaja berbasa basi. Tidak mahu menyimpan dendam lama-lama dalam hati. Teringat pada tingkahlaku Kak Sofea yang serba sederhana walaupun dilahirkan dalam keluarga yang kaya dengan kemewahan duniawi. Malah, kadangkala dia sering bertukar pendapat dengan wanita tersebut dalam hal yang berkaitan dengan hal agama. Kak Sofea bukan sahaja kaya dengan harta dunia malah sedang mengumpul harta akhirat iaitu pahala dan kebaikan.
" al-hamdulillah..dia sihat cuma dia kena temankan mak aku shopping…mak aku tu, makin lanjut usia makin gila shopping…"

" biarlah mak awak buat sesuatu yang menggembirakan hatinya selagi usia masih ada…dia tak ambik duit awak kan?"

Dia cuba berlucu. Nasib baik mamat ni ketawa gak..jika tidak, mesti aku dah dimakinya. Dia membuat andaian sendiri.
" nah..dah siap buku-buku yang kak Sofea pesan. Semuanya dalam tiga kotak.
Boleh buat pembayaran dekat kaunter"
Dia bergerak kearah kaunter apabila melihat mamat tadi tak henti-henti memandangya.

Ada yang tak kena ke?
" thanks ea..ini kad aku, ada apa-apa hal..contact kat nombor tu..boleh bagi aku no fhone kau? Bukan apa, kalau ada tersilap dengan buku ni, aku senang nak contact.."

Dia terkejut. Boleh pulak mamat ni cakap elok-elok ngan aku..ingatkan tahu nak marah je..

" maaf..saya tak ada talefon"
Saat ayat itu dituturkan, dia dapat melihat wajah munif itu berubah..seakan tidak percaya!

Pagi itu, dia datang bekerja disambut dengan senyuman meleret Kak Tina. Nampak cantik benar Kak Tina pagi itu dalam busana muslimah warna hijau lumut…ternampak sahaja dia, kak Tina terus memeluknya membuatkan dia tergaman. Kenapa ngan Kak Tina?

" al-hamdulillah..Fatiha, akak dah disahkan mengandunng…lima minggu"
Ya allah! Dia hampir melompat kesukaan mendengar berita yang ditunggu-tunggu sejak tiga tahun lalu. Jika dia hanyalah sekadar pekerja sudah teruja mendengar perkhabaran tersebut, apatah lagi tuan empunya badan! Pasti disambut dengan berjuta kesyukuran…

" malam ni umah akak ada kenduri kesyukuran..Fatiha datang taw..ajak family Tiha.."
Dia hanya mengangguk. Tanda bersetuju dengan perlawaan tersebut.
" akak lupa..semalam ada seseorang bagi Fatiha hadiah. Kejap akak ambik dalam beg.."
Hadiah? Kak Tina yang mengandung tapi mengapa aku yang dapat hadiah..dia rasa pelik…
" nah..orang tu kirim salam kat Tiha.."
" siapa kak?"

" rasanya ada kad kat depan kotak tu..Tiha bukak la..akak nak col abang Salman jap"
Kak Tina berlalu apabila melihat dia masih lagi kebingungan. Perlahan-lahan kad itu dibuka.

‘ Fatiha yang baik…
Terimalah hadiah yang tidak seberapa ni sebagai tanda persahabatan..

Maaf..pernah bersikap kasar…

Ikhlas.

Munif.

Munif? Belum sempat dia menenangkan perasaan..ada sesuatu bunyi yang agak aneh bergema melalui kotak yang dipegang olehnya. Bunyi apa pulak ni? Cepat-cepat dia membuka balutan kotak dan…
Nah..tersembul sebuah handphone yang comel di dalamya. Di skrin talefon tersebut tertera nama munif..cepat-cepat dia dekatkan di telinga..

" assalamualaikum"
Dia memberi salam…salamnya disambut dengan suara ceria munif. Menang peraduan gores dan menang kot?
" suka tak hadiah yang aku bagi?"

" saya tak layak dapat benda ni hanya untuk sebuah persahabatan. Kalau awak tak kasi saya hadiah ini sekalipun, saya tetap akan terima awak sebagai kawan walaupun pada mulanya saya amat menyampah dengan awak"
Kata-kata yang terlalu berterus terang tersebut disambut dengan hilaian tawa oleh Munif..aku wat lawak ke tadi?

" aku sebenarnya nak mintak tolong ngan kau. Kak Sofea cakap kau baik, so aku pun tak teragak-agak nak kawan ngan kau..leh tak kau tolong aku? Anggap sahaja hadiah tu sebagai tanda terima kasih aku pada kau sebab dah tolong aku"
Kali ini giliran dia pula yang ketawa.

Hebat Munif ni..aku tak setuju lagi nak tolong dia..tapi dia macam confident je yang aku akan tolong dia. Pulak tu sanggup belikan hadiah yang mahal macam ni..apalah yang Kak Sofea cerita pasal aku kat adik dia ni….
" jadi tak kau tolong aku?"
" tolong apa?"

" saya tak nak.."

Pandanganya dihalakan pada pengunjung yang datang ke restoran tersebut untuk menikmati makan tengahari kerana restoran tersebut memang terkenal dengan keenekan masakan kampung.

" ini bukan betul-betul…just main-main untuk mak aku percaya. Kerja senang Tiha, apalah tak boleh tolong.."
" saya tak nak bersubahat dengan awak!"

Dia tetap bertegas.

" bersubahat apa lak ni?"

Munif telah menggaru kepalanya yang tidak gatal. Pandanganya terarah pada sebujur wajah hitam manis di hadapany itu. Sekali pandang, macam anak mami
la pulak si Fatiha ni..

" berbohong..cakap aje la yang betul ngan mak awak yang awak tak ada teman wanita..apa susah?"

Fatiha memandang tepat wajah di hadapanya itu. Tidak faham apa yang ingin dimainkan oleh Munif..kenapa mahu menipu ibu sendiri?sekadar menyatakan yang benar, rasanya tidak pelik bagi seseorang lelaki yang berumur 28 tahun tetapi masih tidak mempunyai teman istemewa.

" masalahnya..hari tu mak aku dah tahu yang aku ada awek! Aku baru putus bulan lepas. Kau ingat tak yang aku pergi beli buku kat kedai hari tu? Time tu aku baru je putus.."

Oh! Patutlah perangai macam lanun..Fatiha senyum dalam hati…
" cakaplah dah putus..saya yakin mak awak boleh terima.."

" nak mati? Masuk ni dah kali ke tiga puluh aku putus.."
Mak aih..Fatiha terlopong. Biar betul..tu putus cinta ke putus tali kasut? Banyaknya…

" tolonglah aku Tiha..aku bukan ada kawan perempuan..semua kawan perempuan aku dah aku jadikan awek aku…"

Kali ini ketawa Fatiha meledak kuat. Apa punya manusia depan aku ni?adui..uniknya ciptaanmu tuhan…

" aku just nak yakinkan mak aku yang aku ada awek dan tak mahu mak aku fikirkan bukan-bukan tentang aku. Kau pun tahu kan..orang tua selalu risau tentang anak-anak..lebih-lebih lagi dapat anak yang macam aku ni.."
Tahu pun!

Semakin dekat dia dengan rumah, jantungnya makin berdebar-debar. Dia tidak tahu apa yang membuatkanya rasa tidak tenang…langkahnya makin dipercepatkan. Kenapa aku rasa jarak rumah jauh daripada biasa? Dia menyoal sendiarian..ya allah..janganlah ada apa-apa yang buruk berlaku pada keluarga aku…aku masih memerlukan mereka dalam kehidupan ini..dia berdoa sejak tadi…

" along!"

Dari jauh dia sudah nampak lambaian tangan adik lelakinya yang berwajah ceria daripada biasa. Sekurang-kurangnya wajah adik memberikan petanda yang baik untuknya. Kegusaran yang dirasakan sejak tadi telah berkurang sedikit.
"along..tadi kawan along datang. Dia belikan rumah kita TV, perabot baru, motor baru untuk ayah, buku untuk angah dan uteh…dan..jeng-jeng..adik dapat PSP!"
Belum sempat kaki melangkah ke tangga, telinganya sudah dikhabarkan dengan satu berita yang cukup membuatkan jantungnya hampir gugur!

Kawan aku?

Ya allah..apa yang Munif dah buat ni..apa tanggapan ayah pada dia. Mesti aku kena serang ngan soalan-soalan berbisa dari ayah. Kakinya terasa berat untuk melangkah..otaknya ligat mencari alasan. Kenapalah dia mendapat kawan yang berperangai pelik macam Munif? Tidak sayang duitkah Munif..andai begitu pemurah sikap Munif terhadap kawan-kawan..pasti sahabatnya itu kaya dengan teman-teman. Hakikatnya? Munif hanya ada aku sebagai kawan….
" kenapa kau tak masuk?"

Haa? Dia hampir terjatuh dari tangga kerana terkejut mendengar suara tersebut.
" awak buat apa kat sini? Ayah mana?"
Dia melilau. Sungguh..hatinya sarat dengan kegusaran yang amat sangat.
" ayah ada Fatiha..masuklah, kami dah lama tunggu kamu balik. Mari kita makan sama-sama. Munif belanja..ayah cakap biar angah masak tapi dia bertegas untuk beli lauk kat restoran depan tu"

Dia menghela nafas lega. Tidak ada tanda-tanda amarah dalam nada suara ayah. Seketika dia terpandang pada gengaman tangan adik lelakinya dengan Munif. Seperti sudah kenal lama…siapa sangka sahabat yang selama ini sering dimarahnya kerana tidak pandai menjaga hati orang telah dapat melembutkan hati seluruh keluarganya. Dia tersenyum keharuan. Matanya bertembung dengan panahan mata Munif yang dia sendiri tidak tahu bagaimana untuk mentafsirkanya.

Dia melabuhkan duduk di sebelah Munif yang sedang asyik memandang kearah bintang-bintang yang bertaburan di dada langit. Dia turut sama memandang..cantik ciptaanmu tuhan!

" terima kasih"

Dia memulakan bicara. Ayah dan adik-adiknya sedang enak menonton TV..terlihat ada sinar bahagia pada wajah ayah. Sejak ayah kehilangan sebelah kaki kananya kerana kencing manis, serasanya tidak pernah ayah berwajah begitu.

" saya tidak tahu hidup awak sesukar ini Fatiha.."

Ada nada sedih dalam ayat itu. Saya?dia terasa ada kelainan dalam ayat yang dituturkan oleh Munif.

" saya tidak pernah memandang kehidupan saya sukar Munif…saya bersyukur, sekurang-kurangnya allah masih memberi saya sebuah keluarga yang bahagia. Masih memberi saya kudrat untuk membantu keluarga, masih memberi saya ruang untuk saya laksanakan tanggungjawab saya. Jika kita mampu melihat kesenangan dalam kesusahan..kita adalah insan yang bersyukur. Saya tidak mahu kaya dunia tetapi miskin akhirat.. "

Munif hanya mengangguk. Dia menilai diri sendiri dan membandingkanya dengan Fatiha..terlalu berbeza! Patutlah Kak Sofea terlalu memuji kau Tiha..kau istimewa..

" kenapa awak senyum?"

Munif hanya menggeleng. Terima kasih Ya allah..kau temukan aku dengan insan sebaik Fatiha. Dia teringat kata-kata ibunya sebulan yang lepas selepas dia pertemukan Fatiha dengan ibunya sebagai teman wanita palsu. Siapa sangka, ibunya benar-benar tertaut hati pada seraut wajah hitam manis tersebut.
" jangan sia-siakan perempuan sebaik dia Munif..dalam ramai-ramai kawan Munif, mak tengok hanya dia yang layak untuk Munif jadikan isteri dan ibu kepada anak-anak Munif nanti. Perempuan yang baik susah dijumpai dan susah pula untuk dimiliki..seperti bintang di langit, dari jauh nampak semunya cantik..tapi untuk cari yang benar-benar cantik amat

payah…"

" berangan!"

Bahu Munif ditampar..dia tersentak. Lama ke aku berangan?
" Fatiha.."
" iya…"

"awak macam bintang.."

Fatiha hanya tersenyum. Dia kembali memandang bintang yang bertaburan di langit…pandanganya dialihkan pula pada Munif yang sejak tadi tidak jemu menatap wajahnya. Sebagai wanita, dia amat faham erti renungan tersebut. Kak Sofea pernah memberitahunya yang Munif pernah mengigau menyebut namanya. Munif juga setiap hari akan datang ke kedai untuk makan tengahari bersamanya. Tidak dia nafikan kehadiran Munif dalam hidupnya membawa pelbagai perasaan..suka,duka,benci dan rindu. Andai ini takdirmu tuhan, mampukah aku menolak cinta yang hadir?

" Saya sukakan awak…"

Ada getaran dalam nada yang dituturkan oleh Munif. Dia tersenyum..airmata yang ditahan seakan mahu tumpah..tuhan, aku bahagia mendengar ungkapan itu


0/komen