Letak ‘Handphone’ Bawah Bantal Boleh Sebabkan Kebakaran





NEW YORK – Seorang anggota polis di Jabatan Polis New York (NYPD), memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak meletakkan telefon bimbit di bawah bantal semasa tidur.

Pihak bomba negara itu sebelum ini pun pernah memberi amaran supaya tidak letak telefon yang sedang dicas di antara bantal dan katil.

Ini kerana ia boleh menyebabkan telefon tersebut menjadi panas dan mudah terbakar.

David Berardesca, Ketua Bomba dari Hamden, Connecticut, berkata , telefon perlu diletakkan di kawasan yang ada pengudaraan yang baik agar tidak menjadi terlalu panas.

Saranan itu dikeluarkan kerana terdapat kes seorang remaja berusia 15 tahun, mendapati katilnya dijilat api selepas telefon bimbit yang sedang dicaj terbakar.

Kejadian yang sama belaku pada Ariel Toffee, 13 tahun; yang melecur teruk apabila katilnya terbakar akibat telefon bimbit Samsung S4 yang dicas diletakkan di bawah bantal terbakar.





0/komen