Siri Dell XPS 13


Apabila Intel mengumumkan ketibaan cip pemprosesan generasi ke-11 mereka, Tiger Lake, beberapa jenama komputer riba telahpun mengumumkan bahawa mereka akan tiba dengan model-model komputer riba baru yang dikuasakan CPU tersebut.

Diantaranya ialah Dell, yang baru sahaja mengumumkan bahawa mereka akan mula menjual siri komputer riba Dell XPS 13 dan Dell XPS 13 2-dalam-1 yang dikuasakan CPU Intel Tiger Lake ini pada bulan Oktober kelak.
Bermula dengan Dell XPS 13, ia adalah komputer riba nipis dan ringan dengan paparan InfinityEdge 13.6 inci dengan pilihan resolusi 1920×1200 ataupun 3840×2400 dengan sokongan HDR 400.


Ia dikuasakan oleh pilihan CPU Intel Tiger Lake yang termasuk Intel Core i3-1115G4, Intel Core i5-1135G7, Intel Core i7-1165G7 dan Intel Core i7-1185G7 yang hadir dengan cip pemprosesan grafik Intel Xe terbina.

Dell XPS 13 hadir dengan konfigurasi memori DDR4 sebanyak 8GB, 16GB dan 32GB dengan kelajuan 4267MHz. Dari segi storan, ia dimuatkan dengan pilihan storan SSD PCIe 3.0 256GB sehingga 2TB.


Kedua ialah Dell XPS 13 2-dalam-1, iaitu komputer riba boleh lipat produktiviti yang hadir dengan kebanyakan daripada konfigurasi paparan dan komponen yang sama.


Dari segi pilihan CPU, Dell XPS 13 2-dalam-1 dilengkapi dengan semua pilihan CPU yang sama kecuali Intel Core i7-1185G7. Pilihan memori adalah yang sama, cuma dari segi storan, model ini hanya mempunyai pilihan SSD PCIe 3.0 sebesar 1TB sahaja.

Siri komputer riba Dell XPS 13 ini akan memasuki pasaran tempatan pada bulan Oktober kelak. Dell XPS 13 akan dijual pada harga permulaan RM6399, manakala Dell XPS 13 2-dalam-1 akan dijual pada harga permulaan RM5999.

0/komen