Siri Vivo X50 sebelum berjaya menarik perhatian ramai dengan kebolehan fotografinya yang menarik melalui penawaran sistem gimbal serta kemampuan zum sehingga 60X. Terkini, jenama ini dilaporkan telah hadir dengan sebuah lagi model di bawah siri ini dengan penawaran yang lebih mampu milik.
Dikenali sebagai Vivo X50e, ianya hadir dengan pemproses Snapdragon 765G bersama memori 8GB RAM dan storan dalaman 128GB. Secara kasarnya, rekaan peranti ini dilihat seakan diinspirasikan daripada rekaan Vivo S1 Pro. Cuma bezanya, pada perletakan LED Flash sahaja. Paparannya di sini berukuran 6.44-inci FHD+ dengan panel jenis AMOLED. Berbeza juga dengan adik-beradiknya yang lain, Vivo X50e dilihat menggunakan panel hadapan bertakuk kecil untuk perletakan kamera hadapan 32-Megapixel.
Konfigurasi kameranya di sini terdiri dengan 48-Megapixel (f/1.79) (utama) + 13-Megapixel (f/2.46) (telefoto) + 8-Megapixel (f/2.2) (ultra-lebar) + 2-Megapixel (f/2.4) (makro). Spesifikasi lain termasuklah bateri berkapasiti 4,350mAh dengan pengecasan pantas 33W Flash Charge, bicu audio 3.5mm dan sokongan untuk NFC. Vivo X50e ditawarkan pada harga NT$13,990 (~RM2,004) dan buat masa ini ia hanya tersedia untuk pasaran Taiwan sahaja.
Catat Ulasan