Xiaomi TV Master 82” Extreme Edition


Xiaomi Mi TV adalah barisan televisyen pintar Xiaomi yang menjalankan sistem operasi MIUI for TV berasaskan Patchwall OS. Terdapat banyak variasi untuk televisyen mereka, salah satu yang paling mahal dan mewah adalah siri Master. Terkini, mereka telah melancarkan Xiaomi TV Master 82-inci Extreme Edition – iaitu televisyen dengan panel mini-LED.

Ia dijana dengan cip Novatek 72685 8K TV sebagai pemproses utama, A73 + A53 dwi-teras cip pemproses kedua, GPU Mali-G51 MP4, sokongan 5G, sistem kecerdasan buatan dan digabungkan dengan 22 algoritma warna untuk menjamin kualiti. Seperti namanya, ia menggunakan panel mini-LED bersaiz 82-inci. Resolusi adalah 8K 7680 x 4320, kadar segar semula 120Hz, menyokong paparan True 10bit, HDR10, Dolby Vision dan HLG.

Panel ini menggunakan 15360 lampu mini LED, 960 bahagian kawalan cahaya, 60 cip tersendiri untuk kawalan cahaya, teknologi kawalan cahaya bayang-bayang yang tajam yang mampu paparkan 4096 aras perubahan terang dan gelap. Kecerahan pula mampu mencapai 2000nit ke atas serta menggunakan format warna 98% DCI-P3.


Nisbah skrin-ke-badan adalah 98%, menggunakan teknik rekaan 1 panel besi bengkok untuk pendawaian serta rekaan nirbingkai, ia juga berputar 208 darjah untuk sudut pandangan yang lebih baik. Tapaknya adalah yang paling menarik, kerana menggunakan rekaan lutsinar dengan aliran cahaya untuk membuat ilusi seakan ianya terapung.

Sistem pembesar suara pula adalah “Sound Dynamic Wing” – iaitu sistem pembesar suara yang boleh luncur. Menurut Xiaomi ia memimik dua soundbar dengan 8 unit 3 arah bass, bi-amplifier, bass 20 watts × 2, frekuensi tinggi 10 watts × 2 unit, dipadankan dengan algoritma audio Xiaomi tersendiri.

Harga jualan adalah 49,999 Yuan (~RM30,570) dan hanya akan dijual pada 21 Oktober.


Xiaomi turut melancarkan variasi 4K dengan panel biasa, iaitu Xiaomi Mi TV Master 82-inci dengan sokongan paparan Dolby Vision, HDR10+, HDR10, dan HLG. Resolusi adalah 4320×2160, 178 darjah sudut pandangan, DCI-P3 93%, gamut warna lebar, kadar segar semula 120Hz, dan 10bit.


Model ini hanya mempunyai 240 bahagian kawalan cahaya, kecerahan terhad kepada 1000nits, serta mampu paparkan warna terang dan gelap pada kadar 4096 aras. Ia juga mempunyai sistem kecerdasan buatan pelbagai guna, yang boleh melaraskan tetapan skrin mengikut kandungan serta kualiti audio berbeza.


Ia dijana dengan cip pemprosesan MTK 9650 rekaan 22nm, empat-teras A73 CPU + GPU Mali G52 MC1 + 1T APU. Ia dipadankan dengan memori 4/64 GB, USB 3.0, HDMI 2.1 dan dijual pada harga 9,999 Yuan (~RM6,114).



0/komen