Berlian Pun Boleh Kena Buang


EMPAT lelaki menyelongkar sampah di sebuah pusat pengumpulan bahan buangan di Shenzhen.

Shenzhen, China: Beberapa orang lelaki terpaksa menyelongkar timbunan sampah selepas seorang daripada mereka secara tidak sengaja membuang beberapa berlian di dalam tong sampah.

Empat lelaki itu dilihat mencari sesuatu dalam timbunan sampah di sebuah pusat pengumpulan bahan buangan di bandar ini.

Gambar lelaki berpakaian kemas dan bersunguh-sungguh menyelongkar timbunan sampah berkenaan tersebar meluas di media sosial di China.

Seorang pekerja pusat pengumpulan yang dikenali sebagai Li berkata, lelaki berkenaan bersama tiga rakannya datang ke pusat pengumpulan itu .

Katanya, lelaki itu memberitahu, dia secara tidak sengaja membuang berlian di dalam tong sampah yang kemudian dikutip pekerja sebelum dibawa ke pusat pengumpulan.


 

0/komen