Canon EOS M5 Mark II


Kamera nircermin terkini Canon EOS M5 Mark II telah diumumkan dengan ciri mesra penstriman. Kamera dilengkapi sensor CMOS 24.1 megapixel APS-C yang dipadankan dengan cip pemproses Canon DIGIC 8. 

Ciri mesra penstriman yang disertakan ialah sokongan mengubahnya menjadi sebuah kamera web dan keserasian untuk digunakan untuk YouTube Live secara nirwayar. Selain itu kamera ini turut menyokong rakaman video secara menegak untuk menghasilkan kandungan untuk Stories dan TikTok. Kepada pengguna EOS M50 sedia ada, kebanyakan ciri baharu ini akan diberikan kepada kamera menerusi kemas kini kelak.

Kamera ini hadir dengan sensor APS-C CMOS bersaiz 24.1MP. cip pemprosesan imej DIGIC 8 terbaru oleh Canon dan kebolehan untuk merakam video 4K. Ia juga menyokong lensa EF-M Canon yang dibina khusus untuk kamera siri EOS M ini.

Kamera Canon M50 ini juga hadir dengan beberapa rekaan yang sedikit berbeza berbanding dengan Canon EOS M6 yang dilancarkan pada tahun lepas, termasuklah kehadiran electronic viewfinder (EVF) dan juga lokasi butang yang sedikit berbeza berbanding dengan model sebelum ini.

Dalam pada itu, ia juga didatangkan dengan sistem autofokus Dual CMOS AF yang membolehkan pengguna menangkap gambar yang tajam walaupun subjek yang ingin diambil gambarnya bergerak dengan laju. Kamera ini juga mempunyai ISO normal setinggi 25,600, dan boleh dilanjutkan lagi sehingga 51,200.

Ia juga mempunyai kemampuan mengambil gambar sehingga 36 bingkai sesaat. Kemampuan rakaman video pula ialah sehingga 4K 24p sahaja. Sebuah skrin LCD pada bahagian bawah mempunyai sokongan sesentuh untuk memudahkan pemfokusan dan memulakan rakaman video. Kepada

Di Amerika Syarikat Canon EOS M5 Mark II ditawarkan pada harga $600
(~RM2490) tubuh sahaja dan $700 (~RM2900) dengan lensa EF-M 15-45mm bermula November kelak.


 

0/komen