HORCLER mendayung meredah Sungai Anacostia untuk ke Washington sejak lebih 14 tahun lalu.
WASHINGTON – Seorang warga emas di sini sanggup mendayung sampan meredah sungai bagi mengelak kesesakan jalan raya pada setiap hari.
Gabe Horcler, 71, yang tinggal di Washington, Amerika Syarikat merasa rimas apabila sering terperangkap dalam kesesakan trafik selama beberapa jam setiap hari semata-mata untuk pergi dan balik daripada bekerja.
Dengan keadaan bunyi bising yang semakin menjengkelkan, Horcler memutuskan untuk mencari jalan alternatif dan mendapati kaedah menggunakan sungai adalah yang cara terbaik.
Susulan itu, Horcler akan mendayung sampan meredah Sungai Anacostia untuk ke Washington untuk pergi balik ke tempat yang sama pada setiap hari.
Kini, sudah 14 tahun dia menjalani rutin berkenaan. Menurutnya, menyaksikan pokok, air dan hidupan liar membangkitkan ketenangan.
Selain itu, Horcler akan turut berhenti untuk merakamkan gambar alam semula jadi yang menarik selain gambar sampah-sarap yang dibuang ke dalam sungai bagi memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kesan daripada aktiviti tersebut.
Catat Ulasan