Insta360 One X2


Insta360 One X adalah kamera aksi kompak yang boleh merakam video 360 darjah. Ia dilancarkan pada tahun 2018 dan selepas dua tahun, One X2 pula dilancarkan. One X2 mengekalkan rekaan yang sama, saiz yang sama tetapi kini lebih moden dan berkuasa. Ia kini mempunyai skrin sesentuh bulat berwarna, pengecasan USB-C, perlindungan IPX8, bateri 80 minit video 360 darjah resolusi 5.7K, dan lebih banyak ciri dan fungsi perisian baharu.





One X2 menyokong rakaman HDR PureShot, mod malam Night Shot, rakaman bawah air AquaVision, dan banyak lagi mod rakaman menarik. Ia mempunyai empat mikrofon dengan pengurangan hingar, sokongan kawalan suara dan boleh menggunakan TWS sebagai mikrofon luaran. Penggunaan kamera ini masih kekal dengan aplikasi Insta360 tersendiri.




Mod rakaman yang lain adalah seperti fotografi 360 darjah 18MP, rakaman video 3K 100FPS, 5.7K 30FPS, penstabilan yang lebih baik, penjejakan objek, kuasa kecerdasan buatan, mod rakaman stabil Steady Cam 2K 50FPS dengan pandangan sudut ultra lebar, InstaPano 6.2MP tanpa perlu menggerakkan kamera, dan rakaman MultiView untuk merakam dari hadapan dan belakang serentak.

Harga jualan kit asas adalah dari $458, iaitu sekitar RM1,904. Jualan di Malaysia masih tidak diketahui lagi, tetapi harga One X di Malaysia sekarang adalah RM1,600. Jadi tidak terkejut jika harga jualan nanti akan mencapai sekitar RM2000..

0/komen