Kerusi Gaming Dengan Bahagian Lumbar Boleh Laras


Razer Iskur telah dilancarkan sebagai kerusi gaming pertama keluaran mereka.
Razer Iskur kelihatan seperti kesemua kerusi gaming di pasaran dengan rekaan tempat duduk bucket seat. Bahagian belakang boleh dilaras untuk keselesaan tetapi Iskur hadir dengan tiga tetapan pada bahagian lumbar. Pada tetapan paling tinggi, ia terjongket ke atas. Bahagian bantal lumbar ini juga mempunyai kemasan seakan kulit ular.


Kerana direka untuk gamer, tempat meletakkan tangan Iskur juga boleh dilaras mengikut keselesaan. Sedikit mengejutkan tiada pula sokongan Razer Chroma buat pertama kali pada produk Razer. Akhir sekali kerusi ini dijual pada harga US$500 (~RM2067) sebuah..

 

0/komen