Nikon Z7 II and Z6 II

Nikon mengemaskini kamera nircermin Z7 dan Z6 yang dilancarkan dua tahun yang lalu dengan beberapa ciri yang diminta ramai. Kedua-dua Nikon Z& II dan Nikon Z6 II kini menyokong rakaman video sehingga 4K60, hadir dengan dua slot kad memori dan cip pengimejan Dual EXPEED 6 yang terkini.

Kesemua kemas kini dilakukan pada perkakasan dalaman sahaja. Ini bermakna Nikon Z7 II masih lagi dilengkapi sensor 45.7-megapixel dengan sokongan ISO antara 64-25,600, sokongan pengecaman autofokus sehingga 493 titik tetapi kebolehan merakam gambar meningkat dari 9 bingkai sesaat ke 10 bingkai sesaat.

Nikon Z6 II pula mengekalkan 24.5-megapixel dengan sokongan ISO antara 100-51,200, sokongan PDAF sehingga 273 titik dan rakaman gambar sehingga 14 bingkai sesaat.

Nikon Z7 II akan mula dijual Disember 2020 pada harga $3000 (~RM12.444) untuk tubuh sahaja atau $3600 (~RM13,932) dengan lensa kit NIKKOR Z 24-70mm f/4. Sementara itu Nikon Z6 II akan dijual November 2020 pada harga $2000 (~RM8296) untuk tubuh sahaja dan $2600 (~RM10784) dengan lensa kit NIKKOR Z 24-70mm f/4.
 

0/komen