Oppo Enco W51 True Wireless Headphones


Kini, dalam diam-diam Oppo telah mengumumkan harga penawaran Oppo Enco W51 True Wireless Headphones untuk pasaran tempatan. Bagi yang berminat, aksesori audio ini dijual pada harga RM369 dan terdapat dua pilihan warna yang boleh dipilih iaitu Floral White atau Starry Blue.

Oppo Enco W51 True Wireless Headphones merupakan set fon telinga nirwayar terkini daripada Oppo. Ia hadir dengan jenis fon dalam telinga bertangkai dan dilengkapi sistem pembatalan hingar hibrid yang aktif. Selain itu, ia juga menggunakan tiga mikrofon untuk pengurangan bunyi ketika proses panggilan dibuat. Spesifikasi lain termasuklah pemandu audio sebesar 7mm, penarafan kalis air IP54, sokongan Bluetooth 5.0 dan ketahanan bateri sehingga 24 jam (dengan pod pengecas).


0/komen