Elon Musk mempunyai visi menghantar manusia ke planet Marikh dan pada waktu yang sama membina pengangkutan pantas di bumi menggunakan roket yang diberi nama Starship. Roket bumi ke bumi menjanjikan perjalanan ke mana-mana destinasi di bumi dalam masa hanya sejam kerana bergerak pada kelajuan 12,000 km/j. Sistem yang sama akan turut digunakan oleh pihak tentera Amerika Syarikat.
Ini diumumkan oleh Gen. Stephen Lyons yang merupakan ketua pemerintah pengangkutan tentera A.S. SpaceX diberikan kontrak melakukan anggaran kos dan cabaran teknologi untuk menghasilkan yang roket dengan kapasiti 80 tan atau bersamaan dengan kemampuan pesawat kargo Boeing C-17.
Perjalanan dari Amerika Syarikat ke Afghanistan dapat dilakukan dalam masa sejam sahaja berbanding 15 jam menggunakan C-17 sekarang. Aset ketenteraan A.S kelak dapat dihantar ke kawasan konflik dengan pantas.
Ujian awal akan dilakukan seawal 2021. Elon Musk sebelum ini mengatakan roket bumi ke bumi akan mula melakukan ujian seawal 2023. Nampaknya selain untuk kegunaan awam, SpaceX juga akan menawarkan kepakaran mereka untuk tujuan ketenteraan.
Catat Ulasan