Samsung Kini Dibenarkan Semula Membekalkan Skrin


Sebelum ini Samsung dilaporkan telah dihalang dari membekalkan skrin kepada Huawei kerana halangan perdagangan Amerika Syarikat.Mereka kini dibenarkan semula ntuk membekalkan skrin kepada Huawei selepas menerima lesen dari Jabatan Perdagangan A.S.

Dengan ini peranti mercu Huawei akan dapat menggunakan skrin keluaran Samsung Display. LG Display adalah sebuah syarikat yang dihalang dari membekalkan skrin kepada Huawei tetapi masih belum mendapat lesen. Walaupun mendapatkan belakan dari BOE, Huawei hanya menggunakan skrin keluaran Samsung pada model paling mercu mereka sebelum ini seperti P40 Pro dan P40 Pro+.
 

0/komen