Anda Kini Boleh Pohon Baki Kad Touch n Go Dipulangkan


Terdapat beberapa situasi dimana anda perlu memohon baki untuk kad Touch ’n Go. Apabila kad TnG patah ketika digunakan atau anda  mungkin ingin memohon baki sekiranya ingin menaik-taraf kad pengenalan (sekiranya tambah-nilai ke kad pengenalan), kad TnG hilang, atau menukar ke kad baru, serta sejumlah situasi lain. Dulunya, proses ini dilakukan secara manual, tetapi kini boleh dilakukan terus secara atas-talian.

Untuk menggunakan ciri ini, anda hanya perlu ke laman Touch ’n Go e-Refund. Menggunakannya, anda boleh membuat permohonan dan mengisi maklumat anda sebelum dapat memohon baki dari kad sedia ada dipindahkan ke akaun anda.

Pengguna boleh memohon untuk memindahkan baki ke akaun bank, atau kini turut boleh memintanya dipindahkan ke dompet digital Touch ’n Go eWallet.

Proses permohonan ini akan mengambil masa sekitar 30 hari untuk diproses bermula tarikh ia dihantar.

Bagi anda yang ingin memohon baki kad TnG anda dipulangkan, boleh ke laman Touch ’n Go e-Refund
 

0/komen