
INDONESIA menjadi negara kedua dunia melancarkan Kia Sonet (2020) selepas India pada Ogos lalu yang mendapat maklum balas positif kalangan pengguna sana.
Malah, Indonesia juga menjadi negara pertama menggunakan enjin baharu 1.5L Gamma II SmartStream untuk kenderaan utiliti sukan (SUV) segmen-B tersebut.
Dijana enjin 4-silinder 1,493cc berkuasa 113hp dan tork 144Nm, dengan pilihan kotak gear manual 6-kelajuan dan transmisi variabel pintar (IVT) dengan 8 gear virtual.
Dimensi Sonet (2020) dengan ukuran panjang 4,120mm, lebar 1,790mm, dan tinggi 1,642mm, manakala jarak roda 2,500mm.
Antara ciri menarik Sonet (2020) varian 1.5 iVT Premiere, pengguna diberikan pengecas wayarles dengan fungsi penyejuk dan kerusi ventilasi udara 3-tetapan yang memberikan ekstra keselesaan kepada pemandu dan penumpang ketika memandu jauh.
Unit infotainment disediakan konektiviti Bluetooth berserta Apple CarPlay dan AndroidAuto. Juga ada ventilator penyaman udara untuk penumpang belakang yang diletakkan pada konsol tengah. SUV ini dapat dihidupkan secara kawalan jauh, termasuk mengaktifkan penyaman udara dengan menggunakan telefon pintar dalam keadaan pintu dikunci penuh.
Sistem audio menggunakan tujuh unit pembesar suara Bose yang mengeluarkan cahaya mengikut alunan muzik.
Sonet (2020) kini sudah berada di semua wakil pengedar rasmi Kia seluruh Indonesia dalam lima varian dan dua pilihan transmisi pada harga seperti berikut:
1.5 iVT Premiere - Rp289 juta (RM84,230)
1.5 iVT Dynamic - Rp265juta (RM77,240)
1.5 iVT Smart - Rp251.5 juta (RM73,300)
1.5 M/T Smart - Rp238.5 juta (RM69,510)
1.5 M/T Active - Rp204,5 juta (RM59,600)
1.5 M/T Standard - Rp193 juta (RM56,230)

Sonet (2020) tersedia dalam 6 pilihan warna iaitu Glacier White Pearl (putih), Aurora Black Pearl (hitam), Steel Silver (perak), Intense Red (merah), Intelligency Blue (biru), dan Beige Gold (emas).

Catat Ulasan