
Dudoladov memanjat pokok bagi menghadiri kelas online universiti.
MOSCOW – Seorang pelajar universiti Rusia sebuah perkampungan di wilayah pedalaman Siberia terpaksa memanjat pokok untuk mendapatkan akses internet bagi sesi pembelajaran online.
Alexie Dudoladov, 21, yang menuntut di Institut Pengangkutan Air Omsk, telah mendokumentasikan kesukaran yang dihadapinya itu di media sosial.
Status itu tidak menunggu lama untuk ditularkan sekaligus memaksa pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya bagi menyediakan perkhidmatan internet lebih baik di kawasan pedalaman.
“Saya perlu berjalan hampir 300 meter ke dalam hutan dari kampung dan memanjat dahan pokok setinggi 7.9 meter untuk berkomunikasi dengan profesor di kelas menerusi aplikasi langsung Zoom.
“Itu bagi membuktikan kepada pihak universiti bahawa kegagalan saya hadir ke kelas bukan disengajakan,” katanya

Pokok yang dipanjat pelajar sebuah universiti di Rusia untuk mendapatkan akses internet
Universiti Dodoladov terletak 2,092 kilometer (km) di luar bandar Moscow. Seperti kebanyakan sekolah di Rusia, semua sistem pembelajaran dilakukan secara online akibat penularan wabak koronavirus.
Status Dudoladov itu telah mendapat perhatian jabatan pendidikan daerah Omsk.
Pihak tersebut sedang merancang meletakkan remaja itu di kawasan lebih dekat sekitar 273 km dari ibu kota

Alexei Dudoladov dari sebuah perkampungan di wilayah pedalaman Siberia mengalami kesukaran belajar secara online akibat akses internet terhad.
“Saya akan diletakkan dalam pelan belajar individu tetapi mereka (pihak berkuasa) tidak mempedulikan nasib pelajar lain yang sama dengan saya,” kata Dudoladov dalam status Instagramnya pada Isnin lalu.
Dudaladov turut tidak berpuas hati dengan kemudahan internet yang boleh diakses penduduk bandar dari dalam rumah mereka berbanding penduduk kampung yang perlu memanjat pokok bagi melakukan perkara serupa
Catat Ulasan