Dua filem akan melakukan penggambaran di dalam Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS). Satu dari Amerika Syarikat melibatkan Tom Cruise dan satu lagi dari Rusia. Rusia telah memulakan pencarian pelakon untuk filem mereka dengan sasaran melakukan penggambaran sebelum Tom Cruise.
Filem Challenge akan diarahkan oleh Klim Shipenko pada musim luruh 2021 dengan kerjasama agensi angkasa lepas Roscosmos dan Channel One. Seorang pelakon wanita sedang dicari untuk menjadi watak utama. Selain berlaku, beliau perlu menjalani latihan selama tiga bulan sebelum dilancarkan ke ISS bersama dengan pengarah.
Pencarian dilakukan menerusi sebuah pertandingan yang ditayangkan di Channel One. Pertandingan dibuka kepada rakyat Rusia berusia 24-45 tahun, tidak mempunyai rekod jenayah, ketinggian di antara 150-170 cm, berat tidak melebihi 75 kilogram. Selain itu mereka juga perlu sihat tubuh badan bagi melepasi piawaian angkasawati sebenar yang ditetapkan oleh Roscosmos. Seramai 30 peserta akan dipilih sebelum dikecilkan ke dua peserta akhir menjadi calon ke ISS.
Rusia ingin menjadi negara pertama melakukan penggambaran filem di angkasa lepas seperti Kesatuan Soviet mengalahkan Amerika Syarikat dengan Sputnik dan Yuri Gagarin. Mereka mempunyai peluang yang cerah kerana Tom Cruise dan pengarah Doug Liman hanya akan memulakan an penggambaran di ISS pada bulan Oktober 2021.
Catat Ulasan